Tasik Dayang Bunting, Langkawi - kau memang monyet la monyet!



Tujuan terakhir kami dengan bot hari ni ke Pulau Dayang Bunting. Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah.

Pulau ini seimbas lalu menyerupai perempuan mengandung yang sedang berbaring. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting. Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak.

Dedulu mana ada GPS jadi pulau-pulau dinamakan mengikut bentuknya supaya nelayan mudah mencari.  Di zaman dahulukala Pulau Langkawi merupa pulau yang strategik di dalam pertahanan Negeri Kedah dalam dari ancaman Siam. Ia merupakan benteng awal dan pusat tinjau pergerakan musuh yang melalui jalan laut. Selain itu, kepentingannya di zaman dahulu ialah untuk mendapat bekalan air tawar.

Pulau Dayang Bunting dan kebanyakan pulau pulau di sekitar kawasan tersebut adalah terdiri dari batu mendap jenis batu kapur. Oleh kerana batu kapur mudah lulur hawa kebanyakan bukit terbentuk dari kapur menegak.

 Pakcik bot turunkan kami dekat signboard Pulau Dayang Bunting. Banyak monyet kat sini weh..dan mereka sememangnya monyet !! ditariknya diaper bag aku. Kami memang beringat tapi tak sangka pulak pergi balik aku yang jadi mangsa. Tiga kali kena tarik, entah apa yang dia dengki sangat dekat aku...hishhh tak paham den!

 Naik bukit turun bukit baru sampai tasik air tawar tu. Yang tak patutnya cuma di permulaan ni saja ada toilet dan pada masa ni berkunci. Tak tau apa sebabnya, ada orang kat dalam ke apa. Yang malangnya anak aku yang darjah 2 tu ternampak sesuatu.....

Mama, ada orang berak kat pokok tu!
dia kencing je kot (dalam hati berkata apahal pulak kencing kat situ, toilet kan depan ni aje)
iye..dia berak
mana? mana? (apalah pekdah nak tengok orang berak wakakaka)
 tuuuu....

Memang iyelah. Ada orang mencangkung di celah pokok renek. Dari penampilannya aku yakin dia foreign tourist. Tambah meyakinkan lagi kedua-dua tangan dia berpaut pada batang pokok. Sahlah omputeh... kita mana ada berpaut bagai ni...terer mencangkung. Entah apalah yang akan diceritakan kepada kengkawan dia nanti. Kalau diposkan di travel forum? Tak ke sia-sia kempen Visit Malaysia 2014.


 Fish spa...seronok berehat di sini


Kalau nak naik paddle boat pun boleh, rm30 sebot untuk setengah jam


 Cantiknya tempat ni. Aku takde lah nak mencelup kaki, dok sibuk mengkelek anak kecik je. 

Masa sampai beg aku kena tarik dengan si monyet, dslr aku pegang kejap. Di penghujung tangga nak turun ke tasik tu kena sekali lagi. Ada 2 tangga, aku ambil yang sebelah kanan. Ada seekor monyet yang tengah menunggu mangsa di tangga kiri. Dan dan aku nak sampai boleh pulak di tercongok depan aku, hampeh! syuh! syuh!.... takmo dia bergerak. Tercegatlah aku kat situ sebab nak ke depan takut. Sudahnya terpaksa rebahkan badan melintas palang ke tangga kiri macam menari limbo rock. Lega.

Masa nak naik semula aduhai si monyet lain pulak menunggu. Kali ni beg kena tarik lagi waaaaaa....... menjerit aku kat situ. Benci!

Entah apa yang monyet tu berkenan sangat kat beg aku tu haa... Time nak balik pakcik tu tunggu kat hujung jeti nun. Jenuh jugak la menapak tapi best!



Cantiknya pemandangan.... subhanallah


Post a Comment

6 Comments

  1. The last time i went to Dayang Bunting was in 2010. Still sama rupa keadaannya kalu tngk dari gmbr ni. Pulau ni mmg bnyk monyet. diambiknya botol susu nestle anak member, lepas tu dibukaknya...rupanya ada air kosong, bukan susu... terus monyet tu campak balik...

    ReplyDelete
  2. wahhh nak minum susu pulak dia heheh..

    walaupun rasa takut tapi datang lagi sekali pun masih sanggup.

    ReplyDelete
  3. Lama tak dengar, lulur hawa. Luluh hati dan perasaan biasa dengar. Haha.

    Selamba berak open air gitu mat salleh tu. Cis! Terigt plak.. eh xpela. Hahahaha

    ReplyDelete
  4. Nak buat macam mana..toilet berkunci.
    Ai tengok sekali imbas jek, kesian dia time tu lah nak kena belajar mencangkung hahaa..eh?

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.