Pernah naik cable car ke Gunung Matchincang? Ada berani?
Rugi woooo kalau tak naik. Dari atas tu kita akan dapat melihat pemandangan Langkawi yang sangat cantik. Selatan Thailand pun boleh nampak kalau cuaca baik. Kalau hujan cable car ni akan dihentikan sementara atas faktor keselamatan.
Sekarang ni harga tiket untuk malaysian cuma rm15 untuk dewasa dan rm10 kanak-kanak. Boleh sangatlah tu. Teringat dulu pernah dinaikkan sampai rm25 kalau tak silap, aku memang tak naiklah, kecewa.
Selepas ni kami buat 'lawatan' ke Idaman Suri dan Kompleks Hj Ismail Group (ada kedai dan hotel sekali) kemudian tapau makanan di pasar malam Kuah.
Gendang gendut tali kecapi
kenyang perut senang hati
Moh tidur di Kampung Tok Senik Langkawi!
Rugi woooo kalau tak naik. Dari atas tu kita akan dapat melihat pemandangan Langkawi yang sangat cantik. Selatan Thailand pun boleh nampak kalau cuaca baik. Kalau hujan cable car ni akan dihentikan sementara atas faktor keselamatan.
Sekarang ni harga tiket untuk malaysian cuma rm15 untuk dewasa dan rm10 kanak-kanak. Boleh sangatlah tu. Teringat dulu pernah dinaikkan sampai rm25 kalau tak silap, aku memang tak naiklah, kecewa.
Air Terjun Telaga Tujuh yang hingga ke saat ini belum larat aku daki. Berjalan naik ke tasik Dayang Bunting tu pun dah sakit koting den dek lamo tak exercise. Inikan pulak nak naik ke telaga tingkat paling atas, tak dayo acik.
Entah bilalah aku dapat menyeberangi jambatan gantung tu. Dah 3 kali aku frust ni.... kali pertama belum dibuka/rasmi. Kali kedua kami sampai dah petang sangat, jambatan dah tutup. Kali ketiga tutup lagi ... Now still close for maintenance. Sampai bilakah?
Kami naik ke pelantar teratas. Ada orang tu dalam takut takut sampai jugak ke puncak gunung ni heheh...tak tahan kena perli kot? segar dan bersih udaranya. Yang buat aku berdebar sikit masa kereta kabel tu nak sampai ke stesen dia akan berhenti sekejap sambil berbuai phewwww.......bedoba doba jantung dibuek eh. Sesiapa yang nak pos surat dari atas ni boleh berbuat demikian, cop tu yang mahal untuk dibuat kenangan.
Kalau ada kapal layar sendiri boleh park kat bawah nun di Telaga Harbour. The Loaf pun ada di sini selain cawangannya di Pantai Cenang. Kalau you boleh berbelanja tanpa bajet bajet macam kami sewalah yatch untuk dinner sambil tengok sunset. Kawan aku kata best sangat! Best lah, bayar pun 3k sekali naik. Dah separuh kos umrah tu.
Teringat dulu masa kami ke sini abah den tak naik. Pakcik aku pun dah buat statement kalau diberi RM1,000 pun dia takkan naik hahah...muko jo ganeh.
Oriental village menempatkan kedai cenderamata, cable car, Geopark Hotel. Kalau nak naik motor kecik/kuda/ATV atau diurut kaki pun boleh di sini. Dulu ada orang bela arnab kat sebelah stesen ni tapi hari tu tak nampak la pulak....dah tak ada ke? Ke, aku yang tak nampak?
Kat depan ni dulunya ada ditanam bunga jadi kali ni ingatkan nak suruhlah anakanda buat pos yang sama tapi dah takde.
GBS membuat lawatan sambil belajar di Telaga Harbour
Gendang gendut tali kecapi
kenyang perut senang hati
Moh tidur di Kampung Tok Senik Langkawi!
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.