Sabah.. sudah mau pulang bah



Hotel The Cottage tu sangat dekat dengan pasar Kundasang dan War Memorial. Sebahagian naik, sebahagian lagi menonton acara 4x4 merentas halangan dan ada pula yang melawat gerai-gerai jualan sempena Mt Kinabalu International Climbathon.

Aku menonton acara yang ini. Sesekali bila helikopter tiba sibuk skodeng sampai lenguh pipi dek mengenyit mata. Di khabarkan PM akan tiba, hendaklah juga melihat kot kot Kak Ros ada sekali. Dengan lens 200mm ni boleh nampak jelas dari atas tebing ni handbag dia...ehh




Dalam perjalanan turun sempat singgah sekejap di Pasar Nabalu. Kalau nak membeli souvenir, harga barangan di sini adalah lebih murah. Sekarang ni dah dibangunkan kedai-kedai yang baru di sebelah dalam siap dengan toilet yang selesa.

Kemudian bergambar pula di hadapan bangunan Yayasan Sabah.



Balik weiiiii......abang besar dah memanggil. Lagi lama karang boleh patah tengkuk rusa ni....
sensor sikit hahah...

Sabah bah kalau kau!

Post a Comment

0 Comments