Legend the Legend



Kali ni nak post baaanyakkk gambar resort biar you all tak sabar nak pi sana.

Duduk duduk bersama wifey mengadap lautan


Untuk anak-anak

Kalau yang berminat dengan sukan silalah ke Mizi Water Sports di depan resort. Ada ATV, snorkelling, banana boat, island trip, fishing trip dan lain-lain. Untuk kesekian kalinya aku tak dapat naik ATV tu. Satu round 3km mengambil masa sekitar 45 minit, yang menunggu berderet, tak kuasa mak. Lebih baik aku swim dalam blue pool tu.

Sedang menerima arahan..

Sesiapa yang suka tempat tinggi boleh booking bilik di tingkat 5. Jangan risau...lifnya pantas.

Beach football/volleyball anyone?

Best kan meeting gini? Pastinya bukan di tengaharilah.

Green pool require full swimming attire. Kalau tak bawa boleh beli di Legend atau kedai di simpang nak masuk ke resort ni. haaa kat situ lagi banyak jenis.


nyum nyum di lobby.....reasonably priced

Wide selection of food. Untuk breakfast continental ada, roti jala ada, nasi lemak ada, mi sup pun ada selain yang lenlain tu lah. Try steamboat dinner fuhhhh....terbaiklah supnya. Manis aje pak choy tu. Hari kedua kami dijamu dengan makan tengahari ikan bakar fresh dari Kuala Kemaman.

Kalau makan di hotel aku takkan miss try desert. Kek coklat kat sini memang sedap sampai ada yang menunggu chef refill.

Dinner party paling syiokk! Theme kami adalah Pirates Night. Kalau nak tema yang lain pun boleh jugak macam Rockers Night (feeling 90an gituh). Hiburannya bagus, makanan pun enak dengan kambing panggang.




Makan tak hengat!

Kenal tak Iqwal Hafiz? Tak sangka dia dah ada 3 album. Memula jumpa suara dia lembut je, sekali dia nyanyi.......baru tau power. Dia boleh menyanyi dalam beberapa bahasa dan pernah menang pertandingan nyanyian di Hollywood. Kenapa cerita dia tak bertebaran sangat ek? musykil musykil

Bro pakai seluar kotak-kotak tu siap la ko kalau client tengok video goyang gerudi mung hahahaaa....


If you wish to have your wedding reception di sini pun boleh. Sama ada you nak buat di dalam dewan di belakang couple tuu...or di pantai just bagi tau pihak resort (kat pantai la best...beach wedding gittewww). Mereka akan berbesar hati untuk arrange for you. Toksah pening kepala fikir itu ini biaq depa buat semua. Kalau budget tak berapa besar jemput jiran dan keluarga terdekat sudah le. Yang bau bau stokin tak perlu kot. Kita nak menghebahkan perkahwinan bukannya nak buat pesta.

Bila last you ber-candle light dinner dengan husband/wife? aloloooo....romantiknya...



Di Legend, terdapat beberapa jenis bilik untuk disewa antaranya superior, deluxe, grand deluxe, junior suite, executive suite, Legend suite, Cherating suite dan penthouse.














Welcome to my room! lai lai sila masuk...
Sesuai juga untuk yang beristeri tiga dan berani membawa ketiga-tiga isterinya sekali heheh..




Siap bilik mekap


wahhh boleh mandi sambil buka tingkap heheh...




Maid room

Kepada yang suka memasak segalanya disediakan di bilik special ni tapi aku tak kuasalah nak beriya-iya memasak time bercuti, setakat prepare light breakfast tu bolehlah. Orang lain mendugong kat swimming pool aku kena masak pulak, dah la hari-hari memasak eiiiiii.......tak dapek den nak nolong doh.


Ada bilik untuk menonton tv

Second room





Kepada readers yang prefer english version anda dipersilakan membaca The Best Things In Life, Bubbles goes travel and Ramble and Wander. English akak kelaut, hanya cikgu english aku je paham. ngeh.


The Legend Cherating Beach Resort,
Lot 1290, Mukim Sungai Karang,
Cherating, 26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Toll Free: 1800 88 8866
Tel: (6) (09) 581 9818
Fax: (6) (09) 581 9400
E-mail: reservation@legendresort.com.my

Kuala Lumpur Sales Office
No. 72, Jalan Pahang
50300 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel: 6(03) 2697 8888 ext. 8976 (Vicky) / 8974 (Meor)
Fax: 6(03) 2693 7462
E-mailklsales@legendresort.com.my


Post a Comment

4 Comments

  1. Cantik pulak aku nengok Legend ni. Dah 3x aku dok situ, tak la cantik cam ni. Tapi dah lama dah.... Agaknya dorang dah refurbished balik....

    ReplyDelete
  2. ada new wing. Next time kena duduk kat penthouse ler pulok

    ReplyDelete
  3. simple but nice write-up with great photos!

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.