Aku sangat berbesar hati apabila dipilih untuk mengetuai rombongan bekerja sambil bercuti jabatan kerajaan ni melawat Kota Kinabalu. To me, Sabah ni such a romantic place, datang berulang kali pun tak jemu dan penduduknya dah terbiasa dengan pelancong. Kalau trip ni melancong semata-mata lagilah best.
Bahan bukti dah sampai Sabah. Tu... Datuk Seri Musa Aman kat belakang, "i'm watching you" katanya.
Happy moments! Bergambar di Signal Hill. Hari Khamis konolah pakai baju batik.
Masjid Likas. Kebanyakan gambar dari bahagian hadapan tapi kami shoot dari tepi ajek. Ada ATM BIMB kat dalam masjid ni.
Kemudian mereka di bawah lawatan 'wajib' ke Jamilah untuk pengabih duit heheh.. sebelum ke pasar Filipina. Yang peliknya membership card si Jamilah ni hanya boleh digunakan di dua outlet di Sinsuran saja, yang kat pasar Filipina tu tak boleh. Wifi disediakan so jangan susah hati kalau mak andeh berjam jam memilih barang di sini. Sebagai suami mithali biarkan aje dia release tension ye bang.
Makan malam resoran Kak Nong. Sedap dengan servis yang pantas. Harganya kira-kira rm20 seorang. Kalau kita dari airport kedai ni berada di sebelah kanan- kawasan Harbour City, bertentangan Sutera Harbour Resort.
Meluruskan pinggang di Promenade Apartment. Centrally located, dekat dengan laut, pasar Filipina, pasar malam, kelab malam oppsss... walking distance to everywhere-lah! Boleh masak tapi kedai mamak ada kat bawah sana. Breakfast kami disediakan di Marina Court depan apartment ni. Bolehlah buat alas perut..... roti canai jugak yang sedap pepagi ni.
Esoknya ada dua program lagi, aku rasa bertuah dapat join sekali mendengar taklimat daripada pegawai-pegawai yang terlibat. Sabah Tourism ada target kedatangan pelancongan yang realistik. Dengan segala keindahan darat, laut, bawah laut dan gunungnya, mereka hanya menjangkakan 3.2 juta pelancong. Peoples from Philippines and Indonesia yang naik kapal terbang sahaja yang dikira pelancong. Logiklah tu kan walaupun tak semestinya. Kalau yang naik bot pun nak dikira susahlah, 20 minit dah boleh sampai oversea. Paling ramai datang adalah pelancong dari negara China. Kita pun suka kalau yang datang tu bawa duit berkepuk tapi kalau yang datang cuma yang berskirt saiz mikro gesel gesel kat tiang susoh..susoh..mem Cina sini pun tak suka.
Datuk yang ini pun join paragliding tau!
Datuk yang ini juga bersama keluarganya. Di sebelah beliau instructor paragliding/paramotor, aku pun tak sure. Yang pastinya dulu mereka bermula berlatih di Seremban 2. eh, macamana ramai yang tak tau?
Time solat Jumaat ramai yang berehat di sini. Non muslim kot.
Selepas dua taklimat tu kami pun ca+alif+but ke Kundasang...dah gelap baru sampai di The Cottage Hotel. Kawasan pasar sayuran dan buah tu agak sibuk sebab our beloved Prime Minister nak datang keesokannya, program apa entah..lupa sudah bah.
Dah malam, nak buat apa ek? lepak je lah sambil berbual dari satu topik ke satu topik.
Biliknya kecik aje tapi memadailah untuk aku dok sensorang.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.