Hotel yang aku duduk tu tak jual bamboo boat package so kita cari kat tempat lain. Sungguh kelakar la berinteraksi kat sini. Dia tak dapat jawab panggil adik, anak buah kat kedai sebelah. Tak boleh jugak call pulak company yang menguruskan trip tu. Sekampung yang datang nak menjawab soklan kita yang berbahasa omputeh ni. Masyarakat peniaga ni kan, walau bagaimanapun dia tetap berusaha menjual product and services sampai berjaya.
Seperti di negara lain jugak, wakil syarikat akan datang ambil kita di hotel untuk dikumpulkan di satu tempat so kita akan melalui beberapa hotel. Gambar yang di atas ni masa bas dah bergerak. Kata tour guide tu government/developer nak majukan kawasan ni tapi owners of the apartment menolak tu yang ada tulisan memprotes. Hangpa pernah tengok tak gambar apartment yang tak bertangga lagi (kat China juga) disebabkan pemaju marah sangat dengan tuan rumah yang tak mahu berpindah? Kejam sungguh!
Kami dah sampai di Yangdi, jeti tempat menaiki bot buluh. Takde maknanya buluh....plastik jah...boh enjin. Turun je daripada bas berderet peniaga menunggu mana tahu kot kot ada rezeki.... ada yang menjual kacang, kalungan bunga segar yang macam cekak rambut tu...
1 bot diisi dengan 4 orang penumpang. Dah akak sorang ni nakkkkk jugak sekali naik bot dengan aku kenalah menunggu nak cukupkan korum. Anak aku melalak nak menetek pun takde yang offer suruh duduk hmmmm....
Pemandangan yang menakjubkan
Bercutilah ke Guilin ni adik kakak....sangat cantik bumi ciptaan Allah ni. Tengoklah benda lain pulak selain kelapa sawit yang banyak kat negara kita.
Akak ko ni tengah testing camera baru yang ada filter huhuhuu....amik gambar sambil duduk yo kali ni. Baby nak menetek jadi aku bungkus dalam nursing cover corak pua kumbu tu. Terima kasihlah kepada yang menghadiahkan kain batik tu. Tak tahu bila nak pakai kain batik lagi jadi aku buat nursing cover, takdelah tersimpan aje dalam almari. Silalah enjoy dengan gambar-gambar ni...
Akak ko ni tengah testing camera baru yang ada filter huhuhuu....amik gambar sambil duduk yo kali ni. Baby nak menetek jadi aku bungkus dalam nursing cover corak pua kumbu tu. Terima kasihlah kepada yang menghadiahkan kain batik tu. Tak tahu bila nak pakai kain batik lagi jadi aku buat nursing cover, takdelah tersimpan aje dalam almari. Silalah enjoy dengan gambar-gambar ni...
Pihak hotel jual pakej yang ini tapi kami tak minat.
Kita akan dibawa berapa kilometer ek?? hmm tak sure pulak aku, kemudian pusing balik. Kami nampak ada orang buat outdoor wedding photoshoot kat kawasan lapang yang cantik di tepi sungai tu. Kalau nak melawat ke kampung-kampung kena tambah duit lagi masa atas bas.
Kami naik bas semula untuk ke Yangshuo. Sampai saja di sana perut pun dah lapar.... penuhkanlah dulu. Restoran muslim ni bertentangan dengan stesen bas. Ada sebuah lagi, lokasinya agak jauh, dipermulaan jalan nak masuk ke pekan Yangshuo ni. Yang seronoknya bila kita masuk ke restoran muslim kami akan bagi salam sebab hanya itulah bahasa antarabangsa yang difahami. Bestlah datang sini di musim bunga nyaman je bila berjalan.
Mamat ni tengah menguli la mien. Dohnya dah disiapkan so bila ada yang teringin dia ulilah. Uli... tarik.. hentak ke meja.. tarik tarik lagi... sampai halus macam mi baru direbus. Kalau nak yang bergoreng pun boleh jugak. Sekali hidang saiz mangkuk nasi kat rumah aku..bakpo nak makan eh? Tabik spring buat amoi-amoi di sini yang mampu menghabiskan semangkuk besar la mien.
Tukang masak ni offer babysit sekejap sementara aku makan. Seronok dia. Ada sambal di bawah nombor empat tu selain kicap. Sambalnya sedap sampai kami beli sorang sikit sebelum balik keesokkannya hahahaa... tak ponah dibuek orang sampai menggeleng sambil tersengih tauke kedai ni. wuiiii... nak mintak tu pun satu hal pulak nak bagi faham. Bawa balik rumah 2 kali makan dah habis, nak kena pergi lagi nih.
Ni la west street yang popular tu....bila malam berdengung macam Legian street di Bali tu
Tahu bersos yang nampak sedap tapi tak boleh dimakan
China post. Di malam hari di pasang lampu menyinari kawasan bukit di belakangnya
Adehhhh..... jauh lagi nak menapak der... kembang kempis hidung aku mendukung budak kecik ni. Itulah akibatnya nak bilik hotel berpemandangan menarik kononnnnnnn. Tapi kalau tak larat boleh je naik teksi atau sewa basikal atau sewa buggy yang comel. Saja berjalan nak menengok tempat orang....
hah! lotih acik!
Adehhhh..... jauh lagi nak menapak der... kembang kempis hidung aku mendukung budak kecik ni. Itulah akibatnya nak bilik hotel berpemandangan menarik kononnnnnnn. Tapi kalau tak larat boleh je naik teksi atau sewa basikal atau sewa buggy yang comel. Saja berjalan nak menengok tempat orang....
hah! lotih acik!
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.