Kali ni kami mengulang ke New Asia dan kawasan sekitarnya sebab ada orang terkilan tak beli iphone semalam hehehh....jadi hari ni jalan-jalan shopping gajet sajok.
Kali ni nampak tak aliens should register your accomodation with authorities .....?? alien instead of foreigner.... dari planet manakah agaknya kami ni ek?
Park
Selain tulisan jawi di luar bangunan ada juga Bahasa Melayu di dalam, yang aku nampak dekat lif. Aku yakin kalau ramai orang Melayu datang ke Guangzhou ni lama kelamaan para peniaga akan boleh berbahasa Melayu. Mungkin sekadar bahasa perniagaan macam di Ho Chi Minh tu. Orang kita kan suka berbelanja....betul tak? Di Guilin pun dah ada yang pandai sikit-sikit.
Kiranya kami sampai awal pagi tu mengejutkan apek dan amoi bangun tidurlah sebab kebanyakan kedai tak buka lagi. Untunglah siapa yang buka awalkan? Kalau nak shopping elok pergi awal pagi, time nak tutup kedai pun okay gak sebab biasanya akan dapat price yang kita hendak cuma kekadang depa bo layan je. Orang dah nak balik ko baru terhegeh hegeh nak tawar, buat dek je salesgirl tu.
Kawan aku tu order apakebende yang berbunjut tu...akak tengok dalam tv9 sedappppp je dia makan...-katanya. Order lah kak, nanti teringat-ingat pulak. Aku boleh makan 2 ketul je, husband aku 5 dan dia 5 jugak kot. Lagi setengah pinggan? tinggal. Kalau bergoreng mau jugak tekak aku ni rasanya...ni berkukus, tak lalu akak dik non. Hos tv tu ditaja, kalau tak sedap pun wajib kelihatan AMAT menyelerakan. Puas hati kak? waakakkakaka.....
Then kami ke Haiyin, dapatlah kamera compact yang lama kuidamkan. Dalam kepala nak beli Canon atau Nikon tapi bila ada yang beli Samsung dual lcd akak pun terjebak jugak. Takde bergambar di sini sobab hujan lobek amek.
Malam tu kami ke Xiobei lagi, nakkkkkkk juga makan di Bosphorus malangnya queue panjang lagi. Kalau ramai beratur mungkin sedap bangat ye tak? Lain kalilah kot :( Tunggu rombongan lain ke Guangzhou shopping sampai pengsan. Di sini kita akan share meja dengan sesiapa sahaja, tak dapek nak ekslusif doh sebab restorannya kecik tapi pelanggan ramai. Tak dapek nak bebughak macam kek kodai mamak, minam teh secawan sembang sampai 3 jam.
Kali ni kami makan di Pizza to Pizza. Jangan risau nasi pun ada. Pizza saiz S sama dengan saiz M di Malaysia. Orang-orang cina dan arab ni dasyat betul bab makan, kalau dia order yang di atas ni tambah dengan salad sorang semangkuk + air lagi.... boleh habis 2 orang makan!
Di luar kawasan restoran, selain peminta sedekah yang kelihatannya semua orang Islam :(( (tak tahulah betul-betul miskin ke tak), ada penjual toys, money changer, kedai produk halal dan penjual manisan ni. Sangat manis okey..... aku beli sekadar nak merasa dan dengan harapan muka aku akan bertambah manis -sila muntah- hahahahah.... Dijual dengan harga rm45 sekilo, beli jugalah sepotong tu ha sebab nak merasa. Diperbuat daripada segala jenis kekacang dan kurma, buah kiwi pun ada. cehhh!!...kecur ayaq lioq! Ada dua orang yang berniaga manisan di sini tapi entah kenapa aku tak tawar lansung main setuju jek.
Masa kami nak turun ke metro, ada sorang makcik lengkap berjubah tersenyum manis berjalan laju ke arah kami. Ingatkan dia nak naik metro jugak rupa-rupanya nak minta sedekah! serba-salah, teringat satu poster di Bali yang menghalang meminta sedekah:
"Kami bukan tidak mahu memberi tetapi kami tidak mahu kamu berterusan di jalanan"
Apa-apapun terpulang kepada diri masing-masing. Kalau kita dah bajet dalam setiap percutian nak derma certain amount kepada sesiapa termasuk anak yatim dan masjid, kalau habis allocation tu tak perlu terkilan lagi. Yang pastinya di Bali memang susah nak jumpa peminta sedekah.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.