Harga barang naik!



Aku ingatkan balik dari Guilin semalam dapatlah tuang minyak singgit ompek pusen seliter..bolom ado joki lai nampak ea. Soba yolah dengan mat bangla tak bley cakap melayu dan ada ic yang nyaris kena pukul tu.

Masa kat airport Liangjiang kami sempatlah berborak dengan other malaysian yang sama-sama tak mengundi. Si apek kata ada orang cakap kat dia, lu cina balik tongsan la... Dia dengan bengkeknya cakap kat aku, dia tak tau dekat (err...aku tak ingat tempat tu tapi bukan Xian yang ramai muslim tu, Xinjiang kot) sana cina muslim lagi ramai dari malaysia!

Di NS ni aku tak faham kenapa sesama parti pun tak sebulu tak nak orang tu jadi MB. Aku tak suka BN tapi since BN dah menang aku rasa Dato Mohamad Hasan layak jadi menteri besar berbanding yang dulu dan yang digembar-gemburkan sekarang ni. Nampak jugak kemajuan kat NS ni bila orang yang layak kita letak ditempatnya walaupun ada yang tak geng dengan dia.

Sama-samalah kita tunggu harga barang yang akan naik senyap senyap. Hanya orang yang rajin ke kedai ke akan tahu.

China best wehhhhh...makan pun sodap, siap tapau sambal diorang lagi.

Ok, 5 tahun lagi kita cerita fasal pilihanraya semula. Lotih acik!

Post a Comment

0 Comments