Sekarang ni heboh seantero Malaya tentang passenger yang stranded di Saigon sebab kebetulan si wartawan itu ada di sana. Simpati kepada mangsa tetapi dapat juga melihat bagaimana cerita itu dipanaskan dengan jelas, menyalakan kemarahan kepada Azran Osman Rani yang membuat statement berani sebelum tu. huh! aku pun menyampah kat utusansex. Ko pun kan?
Tahun lepas semasa nak balik dari Kota Kinabalu ada 3 beranak yang tak dapat naik sebab sakit mata. Yang sakit si bapak dan staff tu allow wife dengan anaknya naik tapi depa takmo. Kalau aku la kan, aku balik je dulu dengan anak then tunggu kat LCCT ke so cuma bapaknya kena bayar tambang lain.
Dalam 5 tahun menggunakan service Air Asia aku rasa cuma 2 kali bermasalah. Yang pertama delay 30 minit ke Bali dan yang kedua 'dimasak' sejam dalam kapal terbang yang tak terbang di Tawau. Aku ada blogkan yang kedua tu dulu. Yang lelain smooth saja alhamdulillah. Akhirnya terpulang kepada rezeki dan takdir masing-masing. Kalau takde AA takdelah aku dapat terbang ke sana ke mari sesuka hati aku jek. MAS memang terbaik, persoalannya, adakah aku mampu?
Tengok yang ini dululah ye..gigih aku belajar convert dan kecikkan saiz video
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.