Mari tonton sejarah...dan sejarah tidak pernah menipu



Masih dalam mood mengundi....ala 5 tahun sekali nak sembang pun.

Biasolah kannnn, bulan puasa kita bercerita tentang ekau nak makan apo potang karang? Malam kang semayang kek mesojid mano? Bilo nak ghayo ceghito pasal ghayo, bilo nak mengundi kita pakat-pakat ceghito tentang mengundi pulak. Dah betahun masalah air kek kampung kau sampai nak cebok pun payah, tak yo selosai selosai yo laie... nak pangkah yang itu jugak ko? osah soba ae ekau kan?

Kali ni nak tunjuk video la pulak tapi kita bukan jenis yang ittewwww.... orang yang sebegittewwww kalau ada kes rogol atau cabul di kawasan perumahan dia, pi tangkap dia dulu sebab dia suka tengok video lucah, mungkin dia ketagih nak melucah. Yang pastinya Anwar Ibrahim tak pernah disabitkan rasuah wang dan harta benda; dan kelihatannya juga mempunyai keluarga yang mempraktikkan islam secara keseluruhannya. Kes liwat dia pun tak sangkut.

 Di awal video ko akan nampak polis yang lengkap bersenjata macam nak lawan pengganas Sulu menerjah masuk ke dalam rumah. Tendang pintu beb, tu belum yang masuk masjid dengan berkasut mengejar orang  berdemo. Itulah permulaannya pihak polis 'dibahasakan'. Sebelum peristiwa tersebut orang hormat kepada pak polisi secara amnya.

Kepada adik-adik yang masih menetek  ataupun yang masih pakai spender kartun masa ni di tahun 1998, bawak bertenang, tonton video ni, berfikir dan nilaikan sendiri kenapa dan mengapa Anwar Ibrahim mempunyai sokongan yang kuat hingga sekarang. Beliau jugak mempunyai hubungan yang baik dengan seluruh pemimpin negara Islam.

Hentikanlah mengangguk sahaja dan menelan terus dari utusansex dan berita tv3suku tu. Kata bekas komander yahudi antara kelemahan orang Islam adalah kerana tidak mahu mengkaji. Rajin-rajinlah membaca supaya kita tak ditakut-takutkan oleh orang yang nak hilang kuasa. Kita orang biasa ni tetap akan bekerja macam biasa, kais setiap pagi makan hujung bulan, yang menggelupur orang yang nak disemak harta dan dikorek rahsia. Kita tetap hidup macam biasa.

Lain-lain blog yang menarik tentang politik/sosial dan raja/sultan boleh baca di sini:
http://kingofgoblok.blogspot.com
 http://duniacacamarba.blogspot.com
 http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/04/kenapa-melayu-perlu-undi-pakatan.html
 http://www.peguamkamalmenulis.blogspot.ae/
 http://tunkushahriman.wordpress.com/2009/11/26/the-johore-military-forces-the-oldest-army-of-malaysia-regulars-in-the-peninsula/
 http://malaysiacrisis.blogspot.ae/
  http://malaysiacrisis.blogspot.ae/

Aku pun tak suka blog yang memaki hamun tak kiralah BN ke PR ke akibat ketaksuban kepada pemimpin.

SELAMAT MENGUNDI!!!! (aku nak minyak turun 7hb Mei 2013. Amin)


Post a Comment

0 Comments