Anakku Nak Periksa UPKK



Aku terjumpa gambar ni dalam draf tahun 2013 😇. Mungkin masa tu nak menulis menggambarkan rasa syukur dan gembira menerima kehadiran bayi comel ni tapi entah kenapa setelah 11 tahun masih dalam draf. Sigh.

Anak ini semasa berumur tiga bulan telah ku bawa ke Guangzhou dan Guilin. Kan aku beli tiket free seats setahun sebelum terbang, tak sangka termengandung hahahah... Dah bawa dia kenalah bawa bapanya sekali, karang macam mana aku nak masuk toilet (itu je yang aku selalu fikir 😂). Lari bajet sis.

Hari ini 6 Januari 2025 anak ini menduduki peperiksaan UPKK, peperiksaan penting untuk ditawarkan ke sekolah menengah agama tapi dia santai je. Berbuih mulut suruh belajar, stress nya aku. Apaknya cabar kalau dapat 8A dia bagi RM800. Budak tak berapa nak belajar beranilah dia cabar hahahahah...

Dengan rendah hati saya mohon doakan kelancaran menjawab soalan dan kecemerlangan di dalam peperiksaan ini dan seterusnya buat semua pelajar. Terima kasih.

Semoga kejayaan buatmu anakku sayang.





Post a Comment

2 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.