Hari ni ke My Tho untuk menikmati pengalaman Mekong River Cruise. Untuk one day package kita boleh juga pilih ke Cai Be floating market.
Ko nak tahu, driver bas ni kan bawa 40-60 kmj je sepanjang perjalanan, bilalah nak sampai ni bang? Keluar je dari bandar HCM tak jauh mana pun... aku rasa selepas district 5 dah takde tulisan berbahasa Inggeris. Camno tu?
Kita dibawa ke coconut candy making factory. Aku ingatkan apalah coconut candy tu rupa-rupanya dodol. Penganan kak. Memula aku ingatkan biskut kelapa yang macam dijual di Melaka tu. Bila aku pandang dodol ni teringat dodol yang dalam plastik aiskrim kat Banda Acheh, terasa keenakkannya sampai sekarang. Kat tempat kita jangan ceritalah, memang sedap.
Dimasukkan ke dalam acuan, potidan bungkus. Ada berbagai perisa. Dalam trip kami ni ada ramai yang rela membeli so let them do the shopping hehehheh...
Ubat kuatkah?
Kemudian kami naik bot lagi ke Phoenix Island untuk lunch. Diberi masa 1 1/2 jam jam di sini so kita boleh naik basikal free meronda keliling kampung dan berehat di bawah pokok ni. Syoknya.... Kepada yang muslim tapaulah makanan sebab selain buah-buahan takde yang halal di sini. Itupun kalau musim buah le... Di pulau ni banyak ditanam buah longan. Si tour guide tu pun menyebut nama-nama buah tu dengan nama Melayu, ramai benarlah orang Malaysia ke sana.
Kemudian sambung lagi pelayaran ke Unicorn Island melawat bee farm. Sikit jelah yang ditunjukkankannya.
"meh bang try pegang". Manisnya maduuuu.... lebah
Lepas tu dibagi testing air teh+madu+limau. Dia nak bagi rasa je sebab tu cawannya comel. Sambil minum tu biasalah, depa jual product. Sekali lagi aku selamat, sebab group yang satu lagi tu rajin membeli hehehh...
Nak bergambar dengan ular?
Part ini yang paling aku suka... row row your boat ! Kena bayar ye
Turun dari bot depa ni dah tunggu. Lembutnya nak dibuat alas kaki.... 5 dollar.
Lepas tu dihidangkan teh lagi beserta buah-buahan di tempat ni sambil mendengar dondang sayang versi Vietnam. Ao dai yang mereka pakai ni cantik-cantik belaka dan jarang. Orang perempuan vietnam tak pakai camisole so sekali pandang rezeki, dua kali pandang? hakhak.. Kebanyakan dari mereka kurus jadinya kalau pakai apa-apa pun nampak molek, belahan ao dai tu pulak tinggi... bahaya oooo boleh nampak kelepets.
Ni dah penghujung dah naik bot semula. Kat sini macam-macam handicrafts dijual termasuk handbags kulit. Setiap penjual tu akan cakap "kulit lembu". Cantik handbags dan murah tu tapi aku was was.
Petangnya kami pindah ke AVA Hotel, lebih dekat dengan BT market dan attractions. Hotel ni ramai Malaysian suka, lebih murah daripada hotel disekelilingnya dan servisnya bagus. Free laundry everyday. Ko bukan nak duduk dalam bilik kak, dok mengulang ke BT tu je lah nanti... jangan nak tipu.
2 Comments
Maki pun pernah pergi HCM, tapi untuk shopping aje, tak spend time untuk sightseeing, macam wasted ya?
ReplyDeleteSimon
Hi Simon Lee!
ReplyDeleteI suka sight seeing, actually ada lagi tempat lain i pergi cuma belum update lagi but MRC ni tak berapa menepati selera i lah.
I think i'm such a practical person, nak membeli pun asik fikir untuk apa, habis ke, tak akan masuk dlm tong sampah ke bla..bla..:)
Feel free to leave your comment below. Thank you.