Welcome to Saigon!
Kami sampai lewat sejam biasa la tu kan delay delay nih... kalau flight siang dah delay berterusanlah ke malam. Flight mahal pun ada delay jugak ye tak? Tapi tak mengapa borak borak sambil makan 2 jam je dah sampai. Kami disambut dengan airport yang besar dan moden tapi tak segah KLIA yang banyak shops tu.
Yang mengikut aku kali ni last minute baru nak confirm kiranya bila aku dah booking hotel dan malassss nak buat cancellation. Nak aku letak mereka berdekatan pasar Ben Thanh tak berani pulak, nak mengekor aku jugak so kita landing kat sini jelah. Not bad actually di LY Room for rent ni. Jalan ke sini je tak berapa molek tapi sebenarnya kawasan ini sama seperti International Kampoeng di Jogja cuma di Jogja tu bersih dah senyap.
Katil je dua tapi aku seorang. Tilam dan bantal lebih best dari hotel di malam ketiga.
Basic amenities semua ada.
Peralatan untuk memberus gigi je takde, towel saiz standard, nasib baik tak dibaginya saiz tarzan
Datang ke mari dengan wang berjuta!
Kena ikut lorong ni tapi tak jauh mana. Ada banyak budget hotel di dalam ni dan di bahagian luar. Yang sederhana pun ada
Bui Vein St di pagi hari, biasa je tapi di malam hari penuh dengan orang puteh minum kat bar tu tapi taklah sehebat Bali. Banyak hotel area sini, kiranya kalau kita tak booking pun takpe. Pak Mat dan cik Kiah tak suka duduk sini sebab payah nak shoppping, 10 minutes walk to Ben Thanh Market. There are few halal restaurant here.
Non halal pho. Kami of course makan yang halal, sedap rm8 semangkuk... adehhh..
Semasa menunggu bas ke Cu Chi Tunnel datang aje para penjual ni...kita kabo tak nak pun dia tunggu jugak. Wanita-wanita vietnam kebanyakannya memakai penutup mulut, jaket dan stokin ketika berjualan dan menunggang motor.
Geng aku terkena dahhh.......
Look for this Vinasun taxi or Mai Linh, dua ni je yang boleh dipercayai tapi dalam pada ko beringat tu pun boleh terkena jugak. Adat berjalanlah tu. Masa aku menunggu teksi di airport, inilah kali pertama aku bertegang urat dengan penjaga/pengurus teksi. Asal teksi sampai je dia bagi kat orang lain, teksi tu berhenti depan aku dan aku dah buka pintu pun dia boleh cantas bagi kat orang lain... macam mana aku naik angin. Sampaikan orang yang flight terkemudian boleh dapat naik dulu. Haaa... kan dah kelaur suara mak orang!
Dalam pada aku ke hulu ke hilir menahan teksi (teksi tu tak beratur) anak kawan aku ni kejenya mengutip duit kertas singgit yang dibuang dek orang Vietnam yang baru balik dari Malaysia kikikikiii....
Banyak sangat motor di sini. Yang best-nya traffic light kurang dan tiada petak kuning. Empat hari di sana tak pernah terserempak dengan accident. Kenderaan bersimpang-siur dan kalau nak melintas, jalan je slow slow di jalan yang sibuk tu heheh.... best!
Pepagi dah terkangkang... vontot kena sumbat dengan serai heheh. Ini jenis makanan sumbat jugak sebab perutnya tu berjahit. Entah apa ke benda ... nak kata vavi taklah montok sangat. Masa di sini rasanya dua kali je aku ternampak anjing di tengah bandar, yang lelain tu dah kena buat masak asam kot?
Wayar berselirat... TNB, apply lah job di Saigon ni
Tak boleh guna bas 2 tingkat kalu lagu ni... mau tersangkut kat wayar
Lepas ni Cu Chi Tunnel.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.