Hari keempat free and easy. Pakej aku ni kubuat untuk 3 hari saja sebab hendak memberi laluan kepada minat masing-masing. Mungkin ada yang nak mandi laut, snorkelling, diving, shopping etc tapi aku ada senaraikan beberapa tempat sebagai pilihan untuk mereka yang mana pada akhirnya pak haji pun ambil yang termurah untuk family dia. Tak tahan beb, semua dikira dalam USD per pax. So ada yang pergi Turtle Island naik glass bottom boat.
Aku memilih untuk berendam di swimming pool saja, akak kan dah pandai berenang. Exited toksah cakap la siap bawa swimming suit eventhough my initial plan was actually wanted to try scuba diving. Dah takde yang sama kemahuan so lupakan saja buat kali yang ke...... isk isk.... :-( . Bukan apa, kalau nak pergi seorang harganya lebih mahal ditambah dengan sewa underwater camera lagi, hmmm.... lupakan saja lah. Mungkin di lain masa.
Kita mulakan hari dengan healthy breakfast, kununnya .....
walhal aku dah telan semangkuk bubur nasi dan cornflakes heheheh... Di hotel ini they served halal food certified by MUI.
Kali ni aku letakkan gambar hotel last pulak tak seperti selalu. Hotel ini adalah hakmilik Advance Synergy Berhad, sebuah syarikat Malaysia. Ada satu lagi dikenali sebagai Diwangkara Holiday Villa. Ada banya bilik di sini dan aku dapat bilik di ground floor. Biliknya taklah besar mana, dengan katil twin yang tinggi, kalau jatuh boleh benjol kepala. Free baby cot untuk yang memerlukan.
Ada dua swimming pool, yang ini berhadapan cafe. Tak sanggup nak berenang kat sini dik, lainlah kalau aku setaraf Pandalela. Deme pakat berjemur kat situ haa.... pukul 10am lagi ramai berjemur sambil membaca buku. Kami ni dah cukup masak tak payah berjemur lagi dah hehehehhe.... kalau buat jugak boleh rentung.
Kabus di pagi hari. Di Bali waktunya sama seperti Malaysia cuma matahari cepat menyinar sama macam di Sabah dan Sarawak Malaysia.
Lepas breakfast lepak baca buku di sini. Hotel ni bagi free wifi sampai ke bilik. Aku berbelah bahagi nak mandi ke tak? Malu lah pulak. Nasib baik ada yang bagi tau ada satu lagi pool belakang bilik.
yiihaaaaa....!!!! splashhhhh..!!!
Lepas mamat tu naik aku masuk dalam kolam tu pulak sensorang je. Aman kat sini. Then aku terdengar guests yang di bilik depan tu dan yang berehat di tepi kolam berborak bla..bla..bla...muslims..bla..muslims... bercerita tentang aku la tu, dah aku sorang je yang berbungkus dari kepala sampai ke kaki kat situ.
Balik je satu group yang ke Turtle Island depa pun share sewa sebuah van untuk ke Pasar Sukawati. Untuk 3 hari yang lalu aku sediakan 2 buah van Elf yang boleh memuatkan 14 orang setiap van. Nak bagi selesa berjalan jauh, Bali ni luas dan jarak antara satu tempat ke satu tempat akan mengambil masa selama satu atau dua jam. Untuk last day ni aku takmo ikut sebenarnya tapi depa ajak jugak so berhimpitlah macam sardin hehehehh.... dan masa yang diperuntukkan cuma 1 jam 15 minit sahaja untuk shopping. Bagi satu jam pun dah penuh van, kalau bagi 3 jam mau ada yang balik naik teksi.
Dari Pasar Sukawati kami ke leather shop semula mengambil barangan yang ditempah. Masing-masing ceria weiii keluar dari kedai tu, maklumlah dapat jaket ukuran sebenar alhamdulillah....sampai ada beg yang kena pos ke Malaysia sebab tak sempat siap, design rumit. Bergaya sakanlah korang di Italy nanti. Aku tak ikut sekali so i just jalan-jalan shoping dvd kat area sini, beli 5 gratis 2 (yes!) itupun belum sempat tengok lagi.
Legian Street- jalan sehala yang hidup sampai ke pagi.
Monumen bom Bali yang pertama.
Hari dah malam terkocoh-kocohlah memasing menyumbat hasil rampasan ke dalam beg tapi yang paling gusarnya pak supir. Beg pun dah beranak kami ke airport dengan tiga buah van hahahhaha.... success!
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.