Hari ketiga ni aku bawa para tetamu ini ke pusat batik. Meronda la deme di dalam galeri ekslusif tu. Semua sekadar mencuci mata kecuali pak haji.
Dia sound aku, hang tak bagi tau depa ka berapa jam shopping kat sini?
Haji je shopping, yang lain bersembang di sinuuun.... hehehheh.. sengih je dia.
Takdenya yang lelain tu nak shopping kat tempat ni, dah tempatnya pun gah sudah pasti harganya juga hebat. Pak haji takut jadi macam kelmarin, depa tak keluar dari Krishna selagi tak dipanggil. Masa tu dia kata, kalu hang tak bagi masa kedai tutup sat lagi baru depa tu keluaq. Asyik ko depa shopping, ber-feeling belanja macam Kak Ros, main ratus ribu dan juta jek. Aku siap kena buat announcement minta depa pulang ke sarang.
Di bahagian bawah pusat batik dia atasnya beratus lukisan untuk dijual. Kepada peminat lukisan bukan sahaja di sini malah ada banyak tempat lain lagi untuk buat kerja pilih-memilih ni. Just allocate your time and money. Aku mencari jugak di Pasar Sukawati (cheapskate khennn) tapi nga ketemu yang berkenan di hati.
Kemudian ke pusat pembuatan silver. wahhhhh.... ada yang beli gelang dan cincin di sini. Aku tanya jugak kot kot ada yang nak membeli emas almaklum harga emas 150rm je time tu tapi takde so kita sambung ke rumah Bali. Aku yang buat itinerary, aku tambah mana-mana suka tapi nak kurangkan tu kena tanya dulu, ataupun bersebab logik kita tak pergi.
eeeiiiiii....... dalamnya daddy...... semua dilahir dan dibesarkan di zaman senang gamaknya. Aku pernah mandi perigi masa kecil dulu masa duduk rumah uwan. Tangan siapalah yang dok memeluk tiang tu? seriau agaknya.
Hujan renyai tapi perjalanan semakin menyeronokkan. Aku bawa ke ladang herba tapi bukan yang dulu cuma aku bagi tau supir ladang yang macam mana aku nak. Ada yang duduk dalam van sebab anak-anak tidur, jenuh la dia menunggu kitorang yang yang dok bersembang sambil minum kopi free.
Our driver sedang memberi musang makan biji kopi. Berani dia wehh. Bila musang tu berak orang minum pulak kopi tu, ada perbezaan rasa ke? Kalau tak silap aku aku fatwa di Malaysia kata haram (sorry kalau salah- itu kelemahan aku sendiri kerana tak mencari info sebenar). Aku takde la nak menunggu fatwa cuma guna logik, mesti ada resapan najis. Macam sayur yang dibajai dengan najis babi atau ayam yang diberi makan palet bersumberkan babi, boleh dimakan ke? Makanan membentuk hati beb.
Kopi dan teh pelbagai perisa dihidangkan secara percuma, sesiapa nak tambah kena bayar. Dok menambah yang jadi lama tu. Yang tak percuma kopi luwak/kopi yang keluar dari vontot musang. Lepas minum silalah berkunjung ke kedai di belakang tu ... belilah yang special di sini.
Selain kopi ada bermacam pokok yang lain seperti lada hitam, cili, pokok buah-buahan, vanilla..... apalah khabar pokok vanilla aku tu, dah seminggu kena tinggal dengan tuannya. Kalau elok hidupnya bermakna biskut raya tahun depan boh vanilla dari kebun sendirilah nampaknya, cewah!
Gambar di atas aku rakamkan dari sebuah villa, boleh disewa. Aku tak berminatlah nak sewa kat sini walaupun aku suka tempat yang nyaman tenteram. Dibuatnya aku mimpi seram malam kang sapa pulak nak menolong dalam hutan tu? Mana tahu ada orang mengendap ke....... owh tidakkkkkkk!
Perjalanan diteruskan ke Kintamani, kawasan tanah tinggi. Ramai penjual souvenir di sini. Kalau tak mahu beli jangan bilang 'nanti' dinantinya ko. Kalau nak beli jugak jual mahal le dulu.
Lake Batur. Di kejauhan ada kampung Trunyan yang dah kuceritakan dulu. Sila buat carian di butang search. Kawasan seperti itulah satu-satunya tempat yang tak ingin aku lawati. Tak koso den doh.
Masa memula sampai Gunung Batur tu diliputi kabus. Kalau nak trekking pun boleh. Harganya ratus ribu jugak per pax siap makan. Roti dibakar atas batu je sebab panas gunung berapi tu. Jimat gas betul.
Lepas ni kami terpisah. Plan asalnya semua terus ke Tegallalang rupa-rupanya satu van dah naik ke atas lagi solat di tempat tinggi. Yang kami pulak kononnya nak makan di kawasan padi bukit Tegallalang tu tapi tak jadi proceed turun makan di kedai nasi padang di Ubud. Wahh.... group yang satu tu kemain lagi bercerita shopping kat atas nun yang kami ni jenuh menunggu siap selesai solat kat kedai tu. Tapi time makan tunduk memasing tak berbunyi mengadap nasi , lunch pukul 5 ko! Lapar le tu hahahahhaha.... shopping tak hengat. Lunch pun dah lewat malamnya kami makan bakso je. Sedap.
Hari ni sepatutnya ada aktiviti menghabiskan duit di Pasar Sukawati tapi banyak yang dah tutup time kami sampai. Ustaz and wife tak join aktiviti di hari ketiga ni, mereka berdua merempit naik motor tapi wifey tak bagi gi jejauh, takut sesat. Aku carikan motor dekat hotel jek, tinggi jugaklah harga yang dia dapat 70k berbanding yang aku dapat dulu 40k rupiah (murah je sebenarnya). Merempit sendirian di Bali perhatikan signboard bebetul, signboard tak banyak macam kat Malaysia ni.
Malamnya, siapa nak meronda tunggu kat lobby jam 9.30pm ye! Hanya mereka yang tak membawa anak je mengikut, mak pak yang lain dah tak larat. Oleh kerana aku off-duty aku kembali ke karekter asal, berjalan pantas.
Kedai massage tu dah nak tutup ke?
eh taklah
Habis tu yang ko jalan laju sangat sampai terkangkang-kangkang aku mengikut ni kenapa?
HAHAHAHAHAH.....
Malamnya, siapa nak meronda tunggu kat lobby jam 9.30pm ye! Hanya mereka yang tak membawa anak je mengikut, mak pak yang lain dah tak larat. Oleh kerana aku off-duty aku kembali ke karekter asal, berjalan pantas.
Kedai massage tu dah nak tutup ke?
eh taklah
Habis tu yang ko jalan laju sangat sampai terkangkang-kangkang aku mengikut ni kenapa?
HAHAHAHAHAH.....
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.