Beautiful Bali...day 2 part 1



Dari memula menjejakkan kaki di Denpasar Airport kanak-kanak riang sibuk bertanya aunty, bila kita nak tengok dolphin? Soalan terus berulang sampailah ke time makan malam di Jimbaran. Last sekali aku jawab ikan dah tidur, sebelum subuh esok kita pergi sana naik van kejutkan dia ek. Okay ....

Ya adik-adik, kalau you all stay di Kuta/Legian/Seminyak bangunlah jam 3 pagi untuk bertolak ke Lovina. I rasa the best option sampai je di Bali terus bermalam di Lovina. Kami ni special case sikit sebab memang tak boleh bermalam di sini. Si mak buyung yang dah dekat 7 bulan tu tanya, 
mana botnya pak? Ituuuu.... hah, ada berani?

Semua orang naik termasuk mak buyung dan anak kecilnya. Siapa lagi yang kena pegang? bapaknyalah. Cramp dah tangan aku ni. hahhah.... dah sayang nak tinggalkan dengan uwan, tanggunglah.

Laut tenang masa ni. kami sampai agak lewat tapi syukurlah masih ada ikan yang sudi muncul. Aku rasa lama betul nak sampai ke tengah laut, makin jauh...makin jauh.... huh! seram jugak. Laut lepas ni weh.

Besar ini saja seat-nya. Nak berdiri pun boleh.

Aku duduk paling belakang, time berpatah balik tu mata punyalah mengantuk - sempat tidur lagi tu hehheheh..... kalau terjatuh dalam laut nasib la. Kepala dan perut pun mula rasa lain macam. Bila si juragan matikan enjin bot masa di tengah laut fuhhhh.... aku berdoa supaya tak vomit. Time bot bergerak takpe tapi bila dia terapung-apung tu yang tak boleh tahan. That's why aku tak pernah teringin nak ikut trip mencandat sotong.

Kapal nelayan

Tu diaaaaaa......!! 
aunty, look at me! i can jump, i can swim!



look aunty, look! come closer.... iyolah tu kami dekat je ko lari
 
Ada banyak dolphin di sini saiz anak-anak je, maybe yang dewasa keluar mencari rezeki. Betul, cubalah tanya orang yang biasa dive. Ikan-ikan ni akan balik ke rumah masing-masing time maghrib. Kita ni manusia time maghrib elok dok rumah melainkan ada urusan yang tak dapat dielakkan.
 
Sesekali mereka muncul berkumpulan, kekadang berdua, yang banyaknya muncul seekor-seekor. Nak melihat dolphin ni bergantung kepada rezeki jugaklah sebab binatang liar. Ada juga hotel di sini menyediakan dolphin show di kolam mereka. Nasihat dua kupang aku, kalau cuaca tak baik janganlah nak tunjuk handal nak pergi jugak. Mungkin ko berani tapi adakah kepala dan perut ko mampu dilambung ombak? Kata supir kami sebelum ni ada group Malaysian yang nak pergi jugak di waktu laut bergelora walaupun nelayan pantai pun tak mahu turun. Sudahnya belum jauh lagi dah patah balik sebab memasing uwek uwekkkk. Cari penyakit namanya tu.
 
Masa nak balik tu aku punyalah berdoa,
ya Allah, kau tunjukkan aku dolphin ini secara dekat, teringin benar aku mahu melihatnya. Tolonglah ya Allah
 
dan Allah itu Maha Pengasih, tarraaaa!!!!!

berulang-ulang lalu dekat bot

dolphin! dolphin! budak, mak dan bapak budak sama je hehehehhe..... naik teleng kepalo den berpusing kiri kanan depan belakang. Kawan aku kata macam kat Perth bila dia melihat gambar nih. Ontah, den tak ponah sampai Perth. Selalu sampai Pilah yo.


Pepes ikan, dapatlah kengkawan aku merasa seorang sikit. Perut dah lapar masa ni, yelah kan pukul 3.30 pagi dah bertolak so kami breakfast sekitar Lovina ni jugak 10 minutes from the hot spring. Yang dijual nasi sama ikan+kangkung sahaja so aku order ikan 3 kilo untuk kami semua. Breakfast + lunch, makan tepi sawah, best!!

Beredar ...... jalan masih berkabus

Kemudian kami mandi-manda di Banjar Hot Spring. Yang ini pun bebudak sibuk bertanya so dapat je mandi senyap sekejap sebelum dapat tahu yang kami nak shopping pulak. Tanya lagi ..... nasib baiklah aku dah biasa dengan bebudak.


Semua orang ber-two pieces di sini so kami ke belakang sana untuk private pool. Kat entrance kena bayar, untuk pool tersembunyi kena bayar lagi 10k rupiah seorang sejam. Membayar yolah kojo kan. Oleh kerana ada dua pool so kita asingkanlah lelaki dan perempuan. Ada empat orang tak mandi termasuk aku. Ada yang berurut-murah je, ada yang suruh bini pijak belakang hehhheh.... santai dalam hutan.

Kami solat jamak di Masjid Ukhwatul Islam, Bunut Panggang, Kaliasem, Lovina. Senang betul lead group ni, siap ada pak imam. Jadinya setiap masa kami solat berjemaah.

Post a Comment

3 Comments

  1. Best nya ! slalu tgk org post entry bali semua pegi memandi pantai je.:) ini lain ehehe

    ReplyDelete
  2. ku gi bali gak nnt.. sebelum gi mt bromo. hehehe

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.