Assalamualaikum.
Seperti yang aku cakapkan, aku ni dah rindu mau ke Bali, akhirnya tercapai juga hasrat bekerja sambil berseronok. Paling best dapat belajar sesuatu daripada tetamu ku ini melalui observations. Banyak yang perlu aku perbaiki dalam hidup ini.
Air Asia's staffs la ni berpakaian kasual on weekend.
Ada tak saiz aku agaknya?
Flight hampir penuh maybe disebabkan school holiday. Kami sampai di Bali jam 12.30pm ding dong ding dong bergambar segala, jadi orang paling akhir keluar dari arrival hall. Jenuh la supir menunggu. Pihak hotel hantar dua buah van saja nasib baik la aku mintak driver aku tunggu sekali. Kalau van hotel tak pick-up pun bagus jugak boleh terus gi makan dulu. Tidaklah kutahu rupa-rupanya ada yang kena makan nasi on time. Kesian dia.... ambo mintak maaf le ustaz, ambo dok tau.
Kami makan di Madania Restaurant, Jl By Pass Ngurah Rai. Sekejappppppp je habis makanan tu. Ada yang melawak, macam minum dari tempayan hahahhaha... besar kelapa muda tu kak. Apa yang kuperhatikan mereka tak kisah makan/minum lebih sesiapa pun, awat hang tak habihkan ni... tak baik tau, jadi kawan setan!. Aku order dua set untuk each table, habis licin, tak membazir lansung. Harganya? ermmm.... boleh tahan. Ada small playground untuk anak-anak di sini. Bolehlah untuk menghilangkan stress bebudak tu selepas tiga jam duduk dalam kapal terbang.
Then aku bawak depa pi tempah jaket, handbags, slingbags, kasut, apa lagi ek?.... wallet. Suka sangat dia orang. Memang aku dah bagi tau beberapa bulan sebelum pergi so they were so exited. Bag kak Rosmah ditirunya kau! tak agak agak. Ada yang tempah sampai enam barang. Dapat barang kulit dengan harga berpatutan tersenyum puaslah masing-masing. Sling bag macam document bag yang si baju putih tu pegang dia beli 600 ringgit lebih di shopping mall Malaysia ni (branded tapi bukan kulit) so dia tempah di sini warna lain pulak. Aku pun teruja menengok mereka berbelanja. Ada yang tempat kasut sampai dua sebab kaki besar, susah cari saiz.
Tempah jaket untuk gi oversea
Berebut-rebut..... aku bilang, kamu tutup aja kedai ini dua hari...order-nya udah banyak kan? Dari siang sampai ke malam kami di kedai ni hahahhh.... Ada sorang peserta rombongan tu siap kata dia puas hati ikut aku walhal baru bawak gi kedai ni je pun. Apa taknya, overseas trip mereka sebelum ni company yang uruskan travel agent-nya so depa bawak gi kedai yang dapat comission je lah. Kalau TA/TG dapat commission dah tentu harga barang pun tak masuk akal. Paling tak best katanya, masa gi Guilin 4h 3m a few months ago, setiap hari kena menyelusuri sungai! Walaupun sungai, gua dan pemandangannya lain-lain tapi itu je lah bendanya dan kena dengar penerangan kat kedai pulak tu... sampaikan ada yang buat-buat pening kepala la nak kencing la.... itupun ada TG cari suruh masuk balik dalam kedai. Depa tengah mencari masa nak ke Bandung pulak lepas ni. Oke buk bilang aja mau mencari apa di sana.
Kalau you all teringin nak menempah silalah berbuat demikian on the very first day. If the design tak sulit tiga hari boleh siap.
Bergambar di Monumen Bom Bali.
Di sini tapak hotel Sari Club yang kena bom tahun 2002 dulu. Opposite, bekas Paddy's club yang juga kena bom and now dijadikan parking lot. Paddy's ni dibuka semula di Legian Street ini juga, kat depan sana. Dispanjang Legian St and Benasari St penuh kedai dan butik. Cantiknya la seluar kat Billabong tu weh.
Hati pun dah riang gumbira ....... kita makan dulu!
Kami makan di Jimbaran Bay. Makan sedap, suasananya best siap ada penari kat pentas nun, kalau nak panggil orang main muzik sambil kita makan pun boleh tapi kena bayarlah tapi harganya....??? How much do you budget untuk makan tengahari di pejabat? 5 ringgit? darablah dengan 20, itulah harga makan di sini untuk seorang heheheheeh...... bepoluh ketiak.
1 Comments
Wah...Staff AA dah berseluar skrg... Makan Kat Jimbaran bay tu memang cekik darah kan..? saya memang x nak makan kat situ tp hubby kata, dah datang tu,makan ajala..so, makan la jugak.. rasa so and so aja tp cuma ambiance tu lainla sikitkan..pijak kaki ada pasir, pas tu ada show kebudayaan...;)
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.