Adakah kita semakin hilang kemaluan?



Hilang malu sebenarnya hehehheh.....

My youngest son suddenly asked, Lisa tu pakai keypad ke mama? tergolak den.

Hari tu aku gi kedai runcit then aku ternampak seorang bapak orang ni ambil... letak... ambil.... letak. Rupanya dia dok memilih barangan kiriman bininya kuikuikui.... malu kot? atau tak sure nak beli yang wings ke slim ke long ke..... bila aku pandang je dia letak hahahaha..... i loike...

Di zaman purba dulu kalau beli pad kat kampung atuk pekedai tu siap bungkus dengan suratkhabar. Masa kat kedai mamak seksyen 2 Shah Alam pun sama. Punyalah malu nak bawak weiiiii..... ramai student kat situ. Masa kat asrama pun sama. Yang jaga koperasi abang form 5.

Bang, nak pad
Apa....writing pad?
Pad
Note pad?
dalam hati: apo slow bona nih?
Bila dah dapat berdoa supaya tak terserempak dengan brader tu lagi.


Agaknya disebabkan masalah malu ni kemudiannya barangan istimewa tersebut dijual di asrama puteri. Selesai masalah.

Aku teringat penyanyi pojaan hatiku Sheila Majid pernah cakap dia takkan berlakon iklan untuk tuala wanita. Tak kisahlah nak buat iklan tu tapi rasanya tak perlulah terlalu detail seperti mengambil gambar belakang akak Dibah Nor dan Lisa Surihani berkali-kali. Kita pakai kita tahulah. Penerangan lain seperti kelebihan sesuatu produk tu dah bagus dah. Dalam iklan yang Lisa berlakon tu LIMA kali tau shoot tang pungkok our sweetheart. Sensitif la sikit tuan pengarah deme nih.

Tadi keluar lagi iklan tu so si mamat cenonet tanya lagi:
Ayah, Lisa pakai keypad ke?
Tak la dik
Dia pakai pampers ea?
HAHAHAHAHA.........


Iklan deodorant pun sama. Dulu shoot sipi sipi jek la ni hmmmm........

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Iklan 1
U all perasan tak iklan ubat kuat di Kosmo dan Metro? Bukan main lagi si isteri memuji lakinya yang tua ittew semakin 'kuat'. hek elehhhhh..... adakah si pelakon tersebut tahu apa dialog yang bakal keluar bersama dengan gambar mereka? Nasib baik bukan kaum keluarga aku yang jadi modelnya. Patutlah ada datuk rogol cucu.

Iklan 2
Ada satu lagi iklan gambar perempuan bertudung berbadan gempal memakai t-shirt ketat berwarna hijau di akhbar yang sama. Ya rabbi, berlipat-lipat badan dia. Melambak! Malu aku menengoknya. Lepas makan ubat kurus, ada gambar dia yang lebih molek. Janganlah pakai macam tu, mintak diumpat kekdahnya.

Iklan 3
Iklan membesarkan nenen di majalah untuk wanita. Yang jadi modelnya seorang perempuan bertudung singkat ber t-shirt ketat juga. Dah iklan nenen gambar nenenlah yang dibesarkan sampai bersaiz dolly parton, tak padan dengan pinggang kecik. Sah photoshop. Tak agak agak besarnya.

Iklan 4
Gambar yang sekeping lagi si model memegang kotak produk herba untuk 'mengetatkan' dengan lidah terjelir macam perempuan gersang. Kenapa perlu model bertudung ye? Kalau jawapannya dia sekadar bertudung bukannya menutup aurat .... haa betullah tu tapi lain kali ambil je model tak bertudung so tak jadi isu. Memalukan.Tapi kalau model tu tak bertudung pun iklan tu tetap low class.

Soalan aku:
1) Adakah wanita-wanita tersebut tidak tahu iklan/aksi apa yang mereka akan lakukan?
2) Adakah terdapat penerangan mengenai konsep dan gaya tentang iklan tersebut?
3) Syarikat bumiputera boleh buat iklan/bisnes ubat kuat saja ke? benci!

Aku suka iklan 100 Plus Lee Chong Wei = azam! ringkas dan tepat.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin juga aku mengetahui bagaimana syarikat-syarikat tertentu memilih duta untuk mewakili produk atau perkhidmatan mereka. Duta yang tepat berpotensi untuk menaikkan nama dan pendapatan syarikat.

Misalnya dulu seorang artis diambil untuk iklan gincu bibir dan sales produk tersebut meletup di pasaran. Tepatlah pemilihannya itu walaupun kena bayar dia berbiru-ribu lemon.

Bagaimana pula untuk menjadi duta yang pengkhususan khidmatnya adalah pakej haji dan umrah? Tak kisah ke berbungkus molek di sini tetapi beraksi ghairah sampai nak terkeluar nasi lemaknya di sana? Ok, dia boleh bagi alasan gambar yang seksa itu telah dirakamkan terlebih dahulu sebelum sign kontrak dengan syarikat pertama. Masihkah beliau sesuai? Confuse.




Post a Comment

0 Comments