Assalamualaikum.
Dulu aku pernah buat entry pasai cendol Leman Dawi yang letaknya di Sg Gadut on the way nak ke Rembau. Meriah ko kat situ.... kalau ko datang senyap macam pencuri pun tuan dia mesti nampak and greet u loudly, yang mana aku tak berapa berkenan.
Pada asalnya dia berniaga kat tepi jalan di area Senawang tu jugak tapi bila jalan tu dibesarkan perniagaannya yang bergerak dengan Luton van tu terpaksa berpindah. Dah rezeki dia, dia ambil alih satu kawasan R&R yang boleh dibuat kandang kambing, maksud aku terbiar.
Sekarang ni bisnesnya bertambah maju. Selain rasa cendolnya yang sedap, mulutnya yang ramah, sikap murah hatinya susah nak dilawan dek pengusaha lain. Ko bayangkan, kita order cendol semangkuk and makan kat situ. Bila nak tambah amik je kat atas meja tu for FREE. Bila nak balik boleh pulak tapau air barli for FREE.
Aku tak pernah buat 'lawatan' mengejut ke tandasnya tapi aku yakin tandasnya bersih dan ada tabung duit kat situ. Bagi le seikhlasnya untuk kegunaan bersama. Mereka yang bersihkan tandas tu bukannya PBT.
And yang terbaiknya............. yang ini:
Gambar ni aku kopipes gambar enche Remy
Ko gasak le buat business discussion kat situ dari zohor sampai asar, makan sampai buntang mata pun takpa, kemudahan nak bersolat ada.
Semoga perniagaannya bertambah maju lagi selepas ini. Amin.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.