Pulau Perhentian Kecil, Terengganu



Assalamualaikum.

Belum ada tempat baru balik balik ke situ jugak, ke tempat shopping yang itu jugak, dah cik kiah nak gi shopping sajo kekdahnya...kita layankan je lah ikut kehendak deme. Nak ku tepek gambar takut bosan lak so tunggulah trip yang akan datang yek insyaallah.

Oleh kerana next month cuti sekolah dua minggu i nak suggest you all bawak family ke Terengganu. Negeri ini sangatlah bertuahnya dilimpahi Allah dengan berbagai sumber alam dan pulau-pulau yang sangat cantik. Kalau tak nak gi pulau boleh jer melawat Taman Tamadun Islam, ada replika 20 buah masjid yang terkenal di dunia , ada river cruise jugak. Selain daripada tu ada kilang batik, Pasar Payang, Istana Maziah, muzium (tapi aku tak minat), Masjid Kristal.... masjid-masjid lain pun gah jugak. Aku kalau gi Terengganu siang malam makan kopok lekor.

Kalau nak gi pulau sebelah pantai timur kena gi antara bulan Mac-Okt sebab waktu lain kebiasaannya resort tutup sebab cuaca kurang baik, tak selamat untuk bot-bot kecil. I tell u, mandi kat sini seolah-olah mandi dalam akuarium yang penuh ikan, best! Cuma masa tu kami tak ke Pulau Perhentian Besar. Selain tu ada Pulau Tenggol, Lang Tengah, Redang, setakat yang aku taulah tapi rasanya kalau nak ke Tenggol dan Lang Tengah kena ikut pakej. Minimum 3h 2m rm280 seorang. Hari tu aku ada gak survey harga melancong ke Pulau Tioman, tambang bot kami anak beranak je dah melebihi tambang kapal terbang kami ke Medan tahun lepas. Tambang bot SEHALA ke Tioman rm35 seorang manakala ke Redang rm50. Harga itu membuatkan aku ingin ke Indonesia lagi anak-beranak. Pergi Singapore dari Johor Bahru pun baru 5 ringgit naik bas.

Untuk ke sini kena naik bot dari Kuala Besut, ada slow boat 90 mins, fast boat 60 min kot. Naik bot kecik merentas laut ni suspens jugak. Resort pun berbagai, mahai murah.... kalau nak yang happening kat Long Beach, naik bot boleh nak merentas hutan pun boleh. Kami ikut hutan siap terserempak dengan biawak mak datuk besarrrrr !

Yang ini pun gambar lama dengan kamera filem yang bawak gi UK dulu tapi tak ingat print kat mana, sangat cun colour gambar ni kalau tengok yang original. Warnanya naik.







Dulu kami stay dua malam di sini. Cuma ada beberapa pelancong lokal je waktu tu lenlain semua westerners. Resort ini pada waktu itupun dah semakin terhakis. Beberapa tahun sebelum tu kawasan pantai depan resort lebih luas lagi.

Airnya sangat jernih sampaikan aku pun berendam dengan anak-anak sejak lepas breakfast, naik kejap tengahari then sambung balik sampai senja. Ya rabiiii..... seronok sangat! Macam dalam akuarium.

Pantai/pulau yang cantik kat Malaysia ni selalunya penuh dengan pelancong asing so kalau pergi dengan keluarga eloklah make a reservations nanti kang jadi macam satu couple tu tidur bawah hut sajork. Hotel penuh beb masa tu.

Pergilah kengkawan, memang berbaloi!!

Post a Comment

0 Comments