Hari ni pi Oxford dengan Along. Merasalah aku keluar dari kota London. Nak gi lagi jauh pitih takdok haishhhh.... kami gi melawat kawan dia kat St Claire College. Best je gi tempat orang, boleh jalan kaki jek masuk ke sana. Takde pulak aku nampak pak guard macam di sini, kat area lain kot. Yang pastinya kami lalu sebelah kubur lama masa berjalan kaki kesana.
Sejukkkk.... pakai baju berlapis-lapis
Bilik kawan Along kecik je just enuf untuk sorang. Cantiknya pemandangan........ its autumn. Masyaallah! Kalaulah diberi peluang sekali lagi ke sana aku teringin nak gi musim luruh atau musim bunga. Paling tidak pun musim panas. Musim sejuk taklah kot melainkan dapat pergi free hehehehh.... free pun nak demand ke? Musim sejuk ni cepat gelap kedai pun cepat je tutup. Mati kutu weh duduk lelama dalam rumah kat tempat orang.
Sebelum 'teman serumah' kami di London tu pulang ke tanahair depa pi Paris dan aku tahu last minute. Cousin aku confirm tak pergilah sebab baby-nya tersangatlah tiny, takut tak tahan sejuk. Kalau dibagi tau awal bolehlah jugak aku join hmmm....takdak rezeki gamaknya. Kalau pergi pun belum tentu best gi dengan depa ye dok? Depa pun gi balik hari jek, aiyooo mana syiok. Masa tu aku dengar kat France nun tak banyak guna English so aku tak beranilah nak gi sensorang ke sana. Kalau pergi berdua panjang jugak akal. Lain kali jelah ek, kalau ado joki.
Esoknya .......
Aku gi Sansburry lagi memberi coklat segala untuk dibawa pulang, kali ni di Ladbroke Grove. Yang aku dah beli earlier dah dibawa pulang oleh sedara aku hari tu. owhhh....menariknya la packaging segala macam makanan kat sini tapi kena berhati-hati sebab banyak yang tak halal. Yang bagusnya di negara maju labelnya detail.
Petang my cousin and husband gi airport menjemput another group so i offer myself untuk menjadi babysitter. Very experience nanny, tak rugi kalau bayar 700 ringgit per task. Kesian kat dia asik dok ghumah jah.
Nov 2nd...
uikkksss pergi warehouse lagi nyah!
Then kami berpindah ke Indurrah Apartment. Hangpa pi tengok sendirilah camana rupanya dan harganya. Apartment yang disewa ni tiga bilik tapi since kita perlukan dua bilik diorang kunci lagi satu nilik tu. Luas dan selesa, di Marble Arch and walking distance to Oxford Street.
The best part is masa kat lif kami terserempak dengan DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah, Raja Puan Muda Perlis. Yang paling tak best aku tak dapat pun bersalam dengan dia sebab dok menjaga pintu lif dengan bags kami tu :( .... nice and sweet tak sombong pun, cousin aku dapat le bersalam dengan dia. Dengarnya apartment tu milik keluarga mereka. Pakcik yang jadi reception kat situ pun kalau cakap Melayu slang Peghelih, kalau cakap omputih bunyi orang kampung London lah.
Esoknya ......... wah lagi dua hari mau pulang sedihnya.... bilalah dapat ke London lagi. Hari ni ke Bloomsberry, High Holborn, Soho, Chinatown, Trocadero, Shaftesbury Avenue, Picadilly Circus...... bergasaklah jalan sampai penat, capai apa yang patut. Beli sport shoes Adidas saiz kecik untuk anak aku 8 pound.
Nov 4th.......last kopek esok dah nak balik
Pi Church Street di Edgware Road then ke Liverpool Street. Actually nak ke Wembley dan Camden Town tapi tak jadi. Hari ni banyak jugak beli barang antaranya blazer Burbery dan Laury Ashley, jeans dan barang Queen Anne. Blazer tu entah berapa kali jelah aku pakai selebihnya tersadai dalam almari. Very good quality sayang nak hand over kat orang. Barang Queen Anne pun la ni dok bawah katil hahahha.... guna produk Tupperware lagi senang tak pecah.
5hb Novermber 2002........
Pulanglah kita (sedara 5 beranak yang sampai 1hb tu dengan i) ke tanahairku yang terchenta. Sekejap betul diorang ke sana, jalan pun dekat-dekat jek. Aku rasa macam rugi je berhabis berbelas ribu setakat berjalan sekitar situ je. The husband, dulupun pernah belajar di UK, ada satu hari tu dalam keadaan aku letih litak kembali ke rumah dia kata, orang London pun tak sampai kek tompek yang kau poi ni hahahhahh..... akak memang kuat berjalan kalau kat tempat orang.
hah! last day pun sempat berjalan lagi
Sampai kat KLIA puan kastam tahan suruh aku bayar. Aku pun dengan muka letih 13 jam duduk dalam kapal terbang di hari pertama puasa tu bukak purse tunjuk kat dia,
"Puan, tinggal 10 pound je" hahahahha..... memang tinggal banyak tu pun. Yang penting den dah sampai London!
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.