Percutian ni ada macam-macam rasa, ada banyak manis dan kelat masam sikit. Pahit dan tawar takde. Ye la kan dah ramai orang banyaklah ragamnya. Bukan kita saja orang lain yang kita tak kenal pun ada dok serumah.
Seperti yang telah kuberitahu in previous entry, di London ni sepatutnya rumah itu untuk kami sahaja selama tiga minggu. So, sekampunglah diajaknya dek 'kepala' kitorang. Hari ini tibalah segerabak lagi (3 adults 1 kid) dari KL. Gerabak yang ini banyak duit, baru jadi OKB.
Kat rumah tu ada dua dining table, satu di dining hall dan satu lagi next to the kitchen, kecik sikit. Meja yang kat dining hall tu ada banyak buku dan kertas di atasnya- berselerak so kerja-kerja mengunyah dibuat di dapur sahaja. Remember couple yang ada anak kecik tu? and the one yang kupanggil PATI? haaa...barang yang berselerak tu hakmilik the first couple, yang sorang lagi tu okay je kemas bersusun... dah
My other sedara tu sampai pagi so biasalah kita sembang gelak-gelak kat dapur tapi i beleive takdelah dengar sampai ke dalam bilik. Bilik bertutup rapat, pintu dapur pun tutup jugak. Cuma anak buah kami ni melaung macam rumah dia sendiri memanggil maknya dari tingkat atas sebab kat toilet takde paip air. haa...ko, kat lantai pun takde saluran air.... dah omputeh tu main lap sajok. Kami ni pandailah nak boh air dalam bekas. Budak-budak khennnn......
Tengah sedap makan sambil menyembang maka turunlah si makcik lecturer nih berjalan menghentak kaki sambil menghempas kabinet dapur. Stunned. Kita bukan budak kecik, body language orang kita boleh baca tapi kami ajak jugalah dia breakfast bersama. Takkan dia nak pulak.... apa la ko nih.
Lepas group yang ini pulang ada satu group sedara lagi datang tapi tak direkodkankan pulak, kena tanya imigresen kalau nak tahu. Orang yang yang kita baru kenal tu pun ntah bila pulangnya cuma PATI tu pulang sekali dengan sedara kami yang bawak budak tu. Hangin je lah husband sedara aku tu, si PATI datang berdua saja dengan bininya tapi beli glassware punyalah banyak sampai terlebih berat daripada 20kg. Masa check-in luggage deme tu pergi as a group tapi bila staf tu suruh bayar for extra weight dia buat bodoh je ...nak harap sedara aku bayar. Hangin la kawan tu. Ko bayangkan, sedara aku tu dapat free 80kg tambah dia punya limit 40kg boleh terlebih lagi. Sedara aku beli handbag dengan baju sikit je. Kalau aku la kan, aku angkat je barang-barang aku.... ko bayarlah sendiri... ada aku kisah? Tak kuasa nak bergaduh dengan orang.
Aku tak sure malam ni atau malam esoknya si mamat yang first itu mula berkias mengatakan yang rumah tersebut adalah milik majikannya. Berulang-ulang dia cakap. Adakah maksudnya, rumah ni company aku punya, camana lak ko boleh duduk sini free? staff je boleh tau tak? Gitu le gamaknya dalam hati dia, ishhh.... buruk sangka betul aku ni kan? Hati jahat apanya kalau malam esok pun dia dok ulang benda yang sama. Biras aku nih bengkek la.... iye la lelaki mesti ego, pangkat besor lak tu. Berkali jugak dia ulang i datang sini bukan merempat. Mamat tu tak faham jugak. Kita (my biras la.... aku apa yang ada?) pun tak mau la show off dengan pangkat, apalah yang ada dengan pangkat dunia ni. Nabi yang dapat tengok syurga neraka tu pun tak sombong. Tidak jugak beliau menunjukkan surat rasmi from that man's company. Kata biras aku lepas kali kedua 'disuruh keluar' tu, kalau aku bagi tau bos dia kang naya budak ni. Si mamat tu tak tahu biras aku ni berkuasa untuk sign cek untuk company dia. haaaa...... jangan pandang orang sebelah mata. Alaaa....... dua bulan je duduk obersi la melayu... bukan dua tahun, itupun nak kerek. Setiap kali aku nampak company tu kat federal highway mesti aku teringat kat mamat tu laki bini. syuh syuhhh! takmo ingat kat dia.
Lepas menjamu selera pagi tu kami ukur jalan di Oxford Street dan warehouse semula. Wowww!! seronoknya berbelanja !
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.