Kembara Yogyakarta-Solo...Jalan-jalan di Solo



Letak je beg kami pun berjalan kaki ke Kraton kecil kerana ada latihan gamelan setiap Rabu jam 11 pagi di sana. Taklah jauh mana tapi cairlah jugak mekap menapak pukul 11 pagi tu.
Pasar Triwindu - banyak dijual barangan kraf dan antik di sini. Di Jogja-Solo, yang masih bersultan, cuma ada tulisan rumi dan Jawa yakni bahasa kebangsaan mereka. Walaupun bangsa Cina dan India ada juga di sana tapi takda yang berani nak demand macam-macam like papan tanda tulisan cina la ... announcement kat airport dalam bahasa Tamil la.... paling banyak pengumuman dalam 2 bahasa sahaja iaitu bahasa Indonesia dan English tapi bahasa indo dulu sebab bahasa kebangsaannya. Tak berani der nak demand bukan-bukan karang ada pulak yang berdemontrasi kita bakor! kita bakorrr! Dah pernah terjadi pun. Sepatutnya kita semua wajib faham dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Tak menjadi masalah besar pun malah seluruh bangsa yang ada di indo menggunakan bahasa indonesia semasa bertutur dengan keluarga dan kawan-kawan. Kaya jugak apek-apek tu. Tak caya cuba perhatikan tauke di pasar Baru Bandung, pekerja je orang jawa dan sunda. Tauke telekung tu nyonya der .........

Tiang istana yang sungguh berseni ukirannya. Kami tak masuk bahagian dalam.

Aku sukakan muzik gamelan, teringat-ingat zaman beronggeng di TKS dulu so asyik la menonton latihan ni cumanya aku dok fikir bila la nak rancak tarian nih???? Macam tai-chi pun ado. Ayolahhh........bapaknya dah bosan hahahah.... Musician dan tok dalangnya semua veteran, berpakaian batik dan kebaya tradisional lengkap macam nyonya meneer. Penarinya saja yang muda.

Ke Jalan Sabang Pasar Legi paling syok, barulah dapat membeli-belah untuk heroes yang tinggal.

Aku geram nengok drum yang nipis tu (takde dalam gambar) tapi ujang den kek asrama, sapo pulak nak main?

Kalau adik ada mau nangis hentak kaki kat sini nak bola..! nak bolaaaa...! Banyak barang imitation di sini tapi reket tenis 2nd hand ori ada jugak dijual. Ikut model la yang agak baru boleh tahan harganya. Overall barangan di sini murah meriahhhh....

Bisa membuat mat rempit tak keruan kat helmet tu........

Nice one...... public transport selain beca dan bis

Ko nak tahu cik pon tu nyanyi apa? Aaaaaaaaaaaaaaaaa..... sambil goncangkan kerincing dia tu. Masa ni kami atas beca, dia terang-terang mintak duit kat akak tu....sungguh tak patutttt....entah-entah akak tu belum ada sale pun lagi. Bukan menyanyi okay....dia sebut Aaaaaaaaaaaaaaaaa aje i tell u. Lebih afdal bagi duit kat makcik bawak sayur tu ha....kesian dia. Dik, toksah jadi cik pon la dik, bernilai time muda je. Sorry, terpaksa cakap. Struktur badan kita tak sama, makan kena jaga, kulit kena jaga selalu, suara kena maintain....... tak boleh marah nanti keluar suara lain, kalau tergemuk lagilah terserlahlah kejantanan mu semula. Kalau kurus macam kat atas tu pun tak cun jugak, kita tetap tak sama. Barang ori dengan tak ori takkan sama dik. Ndak ndak pulak barang ori Allah yang cipta. Serius, bukan nak menghina ke apa, cuba fikir sedalamnya. Dah lahir lembut nak buat cemana kak?? Iyalah, akak faham, ramai je aku jumpa lelaki lembut yang beranak pinak tapi yang kau siap pakai bra dengan panty tu apehal pulak jang ??

Pasar Klewer - baju batik banyaklah kat sini. Tukang emas ada di tepi-tepi jalan ni ha. Deretan MPV menunggu datins Malaysia shopping. Oleh kerana aku bukan datin jadi aku naik beca dan jalan kaki je lah. Beriya-iya akak tu menawar kain batik kat dalam tu.

Masjid Ageng, Karaton Surakarta Hadiningrat berdekatan dengan Pasar Klewer.
Aku sangat suka suasana ni, bersukan di masjid. Kami tak masuk ke dalam sebab ada majlis marhaban. Seganlah gue.... orang lain pakai elok-elok siap berjubah bagai aku pakai jeans je.

Oleh kerana aku tak dapat berurut di Jogja hari tu so di sebelah malamnya gigih mencari jugak. Keluar je ke jalan besar semua kedai tutup kecuali lesehan. Memula ingatkan area homestay je tutup rupa-rupanya shopping complex je bukak. Macam pokan Kolo Pilah lak Solo nih....sunyi sopi bila malam. Tapi Pilah meriah jugak sekarang dengan kedai makan, pasar malam, uitm, dan kolej jururawatnya....misi cun cun wehhh- kato mamat yang suka skodeng misi tu lah. Moh ke Pilah ghaso cendol bus stand dan rojak kek pasar. ehhh dah cito Pilah pulak hehehhh....

Ni first time aku dengar bengkel manusia. Tingkat bawahnya buruk je....suspen aku ingatkan nak diurut kat bilik yang bertutup dengan langsir tu aje. Murah meriah wehhh....40k rupiah je satu badan...giler murah enak pulak tu. Sekiranya mau dilulur pun bisa buk. Nak panggil ke hotel pun bisa tapi pria untuk pria aja ya, jangan ngengada nak request tukang urut pompuan takkan dilayannya. Ramai betul pelanggannya. Kalau tak nak lama menunggu hang pi berurut sebelah siang time orang bekerja. Dengan upah 40k rupiah untuk 90 minit ko boleh agaklah berapa upah pekerjanya so tips sangat membantu. Haa ada no tipon tu bolehlah calling calling.

Pakcik beca dok rekomen makan nasi liwet, sedap katanya

Memang sedap la kat tekak dia dah dari kecik makan nasi tu. Ese pulak makan podeh dari kocik. Tak jalanlah yang ini.

Dah nak the end dah cerita Jogja-Solo nih.......
Masa di Jogja antara makanan yang kami dah try pecel lontong, bakmi goreng, bakmi kuah, nasi gule, nasi goreng dengan burung dara, ayam dara ....stok yang dara dara jah....murtabak, putu, jagung, apam bijan, tauhu goreng, apa lagi ekk? Minum pulak teh hangat kurang manis sahaja, takut sakit perut. Kalau ko jenis tak minum yang manis sangat kena bagi tau sebab minuman depa ni jenis potong kaki punya.

Kami tak masuk restoran lansung, yang jalanan saja dan alhamdulillah perut tak meragam. Perhatikan air basuhan pinggan mangkuknya, kalau macam air kelimbahan lupakan saja tempat tu. Tak lupa makanan terkenalnya bakpia- ada berbagai perasa. Aku ada jugak beli nak try rasa bila tengok orang berebut beli berkotak-kotak macam sedap bangat.....siap mintak semua perisa dalam sekotak tu tapi tok leh gi ..... selera tak serupa....dushhhh masuk 10k dalam tong sampah. Dah buang baru terfikir kenapa tak bagi je kat tuan rumah/penyewa lain? aduhhh singkatnya otak.

Nasihat 2 kupang aku, kalau nak dihantar kemana-mana dengan beca tetapkan harga dulu. Kalau dia kata nak bawa sekali ke tempat belanja batik/arts dan ko setuju tak kisahlah tapi ko kenalah membeli-belah kat kedai yang dibawanya tu. Dalam kes ni upah beca murah je sebab dia nakkan commission dari kedai. Tapi kalu mu nak ke tempat wisata tu je harganya lain, lepas bayar tambang ko suruh dia blah. If dia kata nak tunggu suruh jugak dia berams... hahaha....kasar kan? Kalau tak ko yang naya nanti dicajnya waktu menunggu kalah tambang teksi aircond, sama macam di Saigon. Toksah risau, banyak lagi beca yang lalu lalang....kongsi rezeki dengan orang lain pulaklah.

Mudah-mudahan dilapangkan rezeki untuk melihat ciptaanMu yang lain. Amin.







Post a Comment

4 Comments

  1. menarik blog ni nnt saya dtg lagi. senang2 tu singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal tempat2 makan menarik....dan register follower yer TQ TQ TQ maklum la blog baru nih sunyi skit hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Nampak best ke Jogja ni. Tour ke jogja ni ada ikut pakej ke? Klu ada info tentang pakej 3H 2M boleh la kongsi dgn saya. Cadangnya kami nak ke Jogja 4-6 Jun 2012 seramai 5 orang.

    tq.

    Awaludin
    www.awaludinahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Askm En Awaludin. Terima kasih keran sudi ke sini.

    Jogja-solo memang menarik kepada yang bukan kaki shopping. Saya rasa 3h 2m terlalu singkat sebab flight Jogja-KL jam 9am. Saya ada buat trip 4h 3m bermula rm1,250 (harga utk min 10 pax)

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.