Kembara London ... jom! jom! Part 2



Time aku sampai di rumah 2 tingkat di Chamberlane Road, Willesden tu cousin aku tergolek, jetleg. Husband dia yang bukak pintu. Ehh.... ada orang lain pulak, dua laki bini dan seorang anak.

Mengikut kata my sedara rumah tu sepatutnya kosong dan dia ada black and white daripada bos besar satu syarikat tu (the property's owner sebuah syarikat Malaysia) untuk tinggal di situ selama 3 minggu. Once a week akan ada cleaner datang, malaysian yang menetap di sana. Mamat tu dihantar berkursus 2 bulan di sana..... sure standard executive lah tu kalau dah kena hantar obersi. Bininya pulak cuti kerja sebab tengah buat master satu uni kat Gombak.

Rumah tu ada 4 bilik, bilik yang 1st tu berkunci sebab ada barang, yang ke-2 mamat tu, bilik ke-3 my cousin, yang ke-4 ada PATI 2 laki bini. PATI la fasal dia menumpang management tak tahu..... ni kawan si mamat tu la kot.

Hah! sampai sini sendiri?

haah la.....

Bangah dah suruh Along jemput kat airport tadi. Along tu anak dia yang belajar di sana.

Terkejut makcik tu hahha.... apo kau ingat orang Pilah tak ghoti? Masa nak amik teksi di luar stesen tube tu, teksi tak berderet macam kat tempat kita ni maybe sebab stesen tak berapa besar lagi pun dah malam, kena pergi ke belakang kat small office, taklah jauh tapi cahaya samar samar. Lepas bagi tau arah tujuan mamat tu tanya adakah aku orang Malaysia? Ko agak-agak macamana dia tembak tepat gitu? haaaa........ kita orang Malaysia suka senyum. Kalau korang tak suka aku suka. Betul, kat kedai runcit mamak india pun sama even masa aku tercangak-cangak kat Oxford Street ada mamat omputeh tetiba cakap selamat pagi kat aku. Tapi aku belum senyum kat dia okay.... ker muka aku yang manis? ahakkkkssss

Ya rabbi......sejuknya koooo.......... bilik dah penuh so terpaksa la aku duduk sebilik dengan cousin aku tu jugak. Segan okay....... apa nak buat, tak menjadi seperti yang dirancang. Memula sumbat semua atas katil dengan baby dia sekali. Aku hujung sini husband nya at the other end. Then aku amik keputusan tidur kat lantai berkarpet tebal tu sesbab tak selesa tak boleh nak bergerak. Aku tidur muka tepat mengadap heater lengkap dengan jeans, jaket, snow cap, stokin, selimut hahahha.....macam nak gi berjalan. Heater tu centralized, nak dipanaskan sangat pun tak boleh, bimbang orang yang duduk kat bilik yang kecik berkuap.

Esoknya 20hb Oktober 2002 tak tahu ke mana sebab takde tercatat dalam diary. Aku agak duduk kat rumah je sebab my sedara pi kursus dan aku takkan nak memandai-mandai keluar sendiri... tak logik lak...baru sampai kan, tapi 21hb pergi warehouse beli souvenir, habis 47 pound. Belanja macamkan 47 hengget. Warehouse tu tempatnya tersorok sket dari jalan besar tapi barangannya memang murahlah, yang aku nampak starts from 1 pnd. 2 3 kali jugaklah mengulang tempat ni..... kalau nak guna credit card for purchases above 20 pound. Ada sekali tu notes tak cukup tapi nak beli tak banyak pun so dengan muka kesian mintak jugaklah kat bosnya....... dapat ko! muka sardin betul la den ni hehehehh..... Macam-macam ada dalam kedai tu, yang ku ingat lagi aku beli scarf, tray gambar london tu, miniature bas London, perfume cheap cheap one 1 pnd jek nak bagi orang, cekak tanduk rusa dua ketul untuk anak aku, beg tarik 15 pnd kot, penanda buku yang besor gedabak untuk bos aku, silver framed mirror, kraf yang letak kat rak, ehhhh.....banyak gak la. I tell u, kat sana kalau kita bawak 50 pnd macam-macam boleh dapat. Puas betul hati berbelanja. Yang tak terfikir lansung nak dibeli ialah fridge magnet...... belum terfikir nak buat collection lagi time tu balik balik beli key chain, until last year orang sebelah belikan masa dia gi Ireland and London. ffuuuhhh... dekat seploh tahun mengidam baru dapat tahun lepas.

Lepas tu kami ke Marble Arch then jalan-jalan ke chinatown beli kicap kipas udang diantaranya  hahahha....... orang Malaysia ni boleh mati tau kalau tak dapat makan kicap ni then ke apartment Along di Bayswater. Time ni depa cuti pendek so Petronas sewakan rumah duduklah beberapa orang. Mengikut katanya kalau cuti panjang sponsor galakkan balik kampung sebab kos menyewa apartment untuk student ni sangatlah tinggi. Ada pulak kawan-kawan lelaki deme datang lepas tu and berkenan pulak kat kicap kitorang terpaksa le melepaskannya hukhuk..... takkan nak suruh bayor pulak, student tu....... kesian. Student tu semua ribu riban gajinya sekarang ni wehhhh...

Gambar-gambar yang aku akan tepek tak ikut aturcara dah main boh je dan lagi satu gambar tu semua photography rules nya ke laut. Aku belum belajar lagi time tu cuma dah tahu guna kamera manual Yashica FX3 since sekolah menengah.

Kamera Pentax yang aku gunakan di sana tu aku baru beli 2nd hand dari kawan so manualnya ntah kemana. Main hentam jek. Paling tak best lupa tukar setting, banyak gambar shake dalam Madame Tusaud. Berat kamera tu pulak alahhaiiii... sengal tongkuk den 16 hari bergayut kat tengkuk.

Post a Comment

0 Comments