Anak orang anakku jua...suami orang?



hah?! suami orang suami oranglah, elakkankanlah mengendeng kat suami orang yang kaya ittewwww.... Motip? hahha.... takde apa-apa motif cuma disebalik kejayaan dan kekayaan seseorang lelaki tu ada isteri yang pernah bersusah payah dengan dia, mungkin pernah duduk setinggan dan makan bubur bergaram sahaja. Mana kita tahukan sebab pintu rumah dia bertutup time makan. Harap maklum.

Intro pelik sikit hari ni. Mengong.

Aku ada dua orang anak yang bersekolah rendah dan tahun ini aku tak masukkan ke kelas KAFA sebab si adik tak mau. Aku pun tak mahu paksalah kerana sehinggalah school break baru-baru ni si adik berhenti menangis tak nak gi school. So every morning my blood can go upstairs.

Kata si abang kawannya Din tu mintak dia masuk kelas KAFA semula, kawan dia Arif pun stop jugak tahun ni tak tau pasai pa. Kata Din kalau anak aku attend class semula dia boleh ikut balik ke rumah hari Jumaat dan boleh pergi solat Jumaat bersama-sama. Berhimpit-himpitlah depa naik kapcai. Naik kete kang susah nak parking.

Kesian lak aku dengar..... kesian dengan anak-anak yang mak paknya bekerja ni. Aku lainlah kalau keje pun biasanya jumaat sabtu ahad dan waktu merambu ke seberang selat sahaja. Waktu gap yang lama hari Jumaat terpaksalah tinggal kat sekolah. Budak dua orang tu dulu boleh dikatakan setiap Jumaat akan ke rumah aku walaupun aku paksa makan sayur hehehehe.... rumah aku peraturan aku yang buat, akukan cikgu besor..... kalau tak mau makan minggu depan toksah datang lagi. Dia orang pun dah faham, time makan je depa bubuh sayur siap-siap kalau aku yang boh karang muntah ko nak habiskan. Kejam kan? Kato uwan den sometimes u have to be cruel to be kind. Depa kata kat rumah tak makan sayur... takpelah mak dia sayang cara gitu, aku sayang cara lain pulak. Mak ayah diaorang tak tahu anak depa tu suka makan pucuk paku goreng dan terung belanda berlada. Juga tomyam campur kobis.

Ada sorang lagi yang jarang jarang ikut balik tak makan ikan. Aku tanya jugak allergic ke? Takkk aunty, tak suka. Kalau allergic nak buat macamana kan.... kenalah aku masak benda lain karang lapar pulak anak orang. Ni tak suka so tak dapeklah den nak nolong. Ikut rezeki dialah, kekadang time dia datang aku masak lauk ayam.

Kenapa pulak tetiba je aku buat entry gini? Bukan apa last week aku dengar Al Kuliyyah tv3 tajuk "Anak Siapa", bagus sangatlah tajuk, tak habis dikupas kerana masanya cuma 1 jam. Pastu hari Sabtu attended PTA meetings pulak. Ni kira entry insap dan motivasilah ni heheeh.... Meh aku share sikit apa Puan Pengetua tu cakap kot kot kita semua yang dah beranak pinak ni boleh buat panduan.

1) Extended learning hours
- anak-anak kena belajar juga di rumah dengan perhatian ibu bapa. Kekadang anak-anak kata dia dah belajar tapi sebenarnya buat homework sajo.

2) Kalau boleh tengoklah beg mereka at least seminggu sekali, mungkin ada homework yang tak siap atau manalah tahu ada barang yang unexpected.

3) Usaha dan doa pelajar serta ibu bapa
- jangan harap cikgu je berdoa

4) Bagi tau anak-anak jangan sibuk dengan FB
- kata cikgu besar, breakfast apa pun nak update kat FB. Itu okay lagi cikgu......... ada orang tu lakinya panggil masuk bilik pun nak update apparaaaaa..... rasa nak remove jek. Kata cikgu lagi, simpan sikit privacy

5) Mengikut pengalamannya menjadi cikgu sejak tahun 70an lagi, anak cina walau  malas belajar dan nakal macamana pun tetap akan ke sekolah. Why? Nanti aa, selepas es pi em saya kena kelija sampai mati wooo... so depa nak belajar sikit sikit enjoy lebih lebih kat sekolah. Jangan bagi anak kita kerja part time. Yang dari kelarga susah tu nak buat macamana kan... tapi kalau kerja sebab nak ikut kawan-kawan beli handphone or top-up toksah bagi.

6) Kejayaan anak-anak 15% atas usaha ibu bapa, 35% dari pihak sekolah, 50% daripada usahanya sendiri.

Peringatan untuk aku.

Post a Comment

0 Comments