Kesan letusan Merapi masih lagi boleh dilihat. Sesiapa nak pasir boleh angkut sendiri free of charge. Semasa tragedi tu penduduk kampung yang tinggal berbatu-batu dari gunung merapi pun diwajibkan berpindah sebab kadar oksigen dalam udara terlalu rendah.
Ni baru di bahagian kaki walaupun dah naik atas gunung. Dari sini kita boleh berjalan kaki atau sewa ojeg 20k seorang atau sewa motorcross min 50k sejam kot. Kalau pergi lagi jauh kena bayar lebih le.
Pasir dan batu hasil letusan 2010
Tapak rumah Mbah Marijan yang sudah musnah. Dia meninggal dunia selepas solat Maghrib.
Batu-batu gunung yang dulunya pijar...... disebelah kiri pun antara laluan lahar panas jugak dan pokok-pokok di sana masih togel lagi tak tumbuh dah daunnya.
Ko bayangkan dalamnya laluan lahar ni, macamana nak hidup time tu? Semoga mereka yang telah pergi dirahmati Allah.
Sebagai iktibar dan pedoman kepada yang masih hidup. Semasa letusan pertama 37 orang mati, letusan kedua 200 orang terkorban. Jauh tu nak turun ke bawah.
Kalau ko jalan kaki sampai ke Kampung Kinahrejo ni boleh tonggek pungkok. Tinggi der....... aku tak berani bawak motor tempat tinggi tegak macam ni sebab dulu aku pernah jatuh motor masa balik dari kelas swimming di ITM Shah Alam. Kemain tegak bukit belakang tu... nasib baik ada sorang mamat tu tolong. Allah je yang boleh balas jasa dia, muka dia pun aku dah tak ingat. Kalau dia baca ni, terima kasih la ye... dulu akak naik motor buruk kaler hijau. Jasamu tetap dikenang.
Bila kita tengok gambar-gambar yang telah dirakam terbayang hari pembalasan nanti... begitulah agaknya ye. Dvd pun ada dijual tapi mahal le pulok.
Masa turun pulak melorot ke drebar hahahhah..... bos jerit weiii pegang la besi belakang tu! hahahahha....kenangan betul.
2 Comments
Kesian.....k.ani tgk Merapi ni dr jauh jer. X berani gi sana sbb boleh nmpk kepulan asapnya masa tu.....mesti dia berdebar masa gi dekat2 ni ye tak......???
ReplyDeleteKak, saya tgk kat majalah 3 tu pun dah berdebar bila wartawan mencungap2 lari. Itu real time merapi mengamuk
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.