Kembara Yogyakarta-Solo...Day 4 Dieng Plateau



Dari kawasan rendah yang panas kami bergerak jam 3 pagi ke tanah tinggi melihat kebun kentang dan kawah gunung berapi.

Indonesia ni dilimpahi rahmat dengan berbagai hasil bumi sama seperti Malaysia. Bezanya kepulauan Indo agak tidak stabil kerana berada di lingkaran api pasifik. Tengok kat atas tu.......menderu-deru gas keluar sampai boleh menjana industri. Serius, kuat betul bunyinya. Sejuk dan berangin kat sini, kata orang sebelah malam suhunya sangat rendah.



Kawah Sekidang

Kawah yang menggelegak dan berbau sulfur. Kami sampai sekitar 6 pagi di sini dan belum ada yang berniaga lagi. Tempat ni tak dimajukan sangat sebagi kawasan pelancongan sedangkan persekitarannya unik. Tak macam Tangkuban Perahu tu, sesiapa yang tak pergi rasa terkilan sangat.

Gigih kami meredah semak samun mendaki bukit di pagi hari tu untuk mendapatkan view yang awesome di bawah .......

Inilah telaga warna..... kekadang air yang di tasik sebelah sana tu kelihatan biru yang mungkin disebabkan perubahan jumlah plakton. Kalau tak sanggup naik atas bukit ni boleh ikut entrance yang disebelah bawah tapi of course takkan dapat gambar sebegini ye dok?

Dieng Plateau Theathre

Kemudian ke ladang kentang pulak. Di Dieng ni hampir semua petani bertanam kentang, yang putih atau merah dan mereka bertani sampai ke atas puncak gunung nun. Gigih betul.

Penduduk Dieng majoritinya Islam tetapi masih boleh dilihat candi kuno yang masih dipelihara sebagai tarikan pelancongan. Banyak betul masjid kat sini ...... mudah-mudahan jemaahnya pun ramai. Yang bagusnya orang pompuan kat sini berbungkus sampai ke kaki. Yang lelaki pun sama berselimut kain pelikat. Sejukkkk......

Anak-anak yang lahir di sini rambutnya fesyen dread lock, rare. Tapi agak susah nak dilihat sebab kepala bertutup dengan topi sepanjang masa dek sojuk bonar. Kalau yang sekolah pulak rambutnya dah lurus sebab dah digunting.
Besar-besar jugak rumah depa ni, homestay pun ada di sini. Kalau nak duduk sini kena cari yang ada hot shower lah.

Indahnya ........... dengan gunung yang diliputi kabus


Turun dari Dieng kami makan di pekan apa ntah namanya 
erkkkk..... tak selera den, siap dengan kepala ayam sekali. Termasuk la taik telinga ayam tu agaknya hehehehh....

Makan sayur je kak.... kocik bona pinggan ea... Kalau kita boh lauk ja dalam pinggan ni. Sayur hijau tu sedap, sayur tauhu tu pun sedap sampai bos suruh aku buat. Nanti nantilah kalau terjumpa resipinya... nama lauk tu pun dah lupa.

Post a Comment

3 Comments

  1. Kami x ke Dieng Plateau hr tu sbb bwk mak. Takut dia x larat. Cantik ye tmpt ni.......ada hotel/resort x kt Dieng Plateau ni????

    ReplyDelete
  2. DP tu tak tinggi kak, dari tempat parking tu dekat je .. kecik dan tak secantik Bromo/Tangkuban Perahu tapi pemandangan dalam perjalanan ke situ memang cantik dan sejuk. Cuma tak payah naik atas bukit utk amik gmbr telaga warna tu... kat bawah pun boleh byr je tiket masuk. Worth a visit jugak la sebab takde kat tempat kita.

    Banyak homestay di sini mcm Bu Djono, Dieng Pass. Di Wonosobo pun ada spt Surya Asia Hotel, Gallery Hotel Kresna tapi jauh sket.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.