Kembara Yogyakarta-Solo...Day 3 Part 2



Kalau ke Indonesia dalam fikiran aku ni mesti nak gi massage dan facial. This time nak gunting rambut sekali kononnya. Dekat tempat tinggal aku tu ada la aku nampak sebuah tempat massage, Monggo namanya. Monggo maksudnya sila.

Coklat Monggo pun ada ..... coklat Indo dengan resipi Brazil. Memula nak ke kilangnya tapi lepas aku try rasa hmmmm...... aku yakin anak-anak aku won't like it so lupakan sajalah.

Malam tu bos malas nak keluar, letih berpanas seharian so aku pergilah merayau sensorang. Rugilah ooiii pergi negara orang tak maksimakan kepenatan tu. Masuk Monggo, kecik je rupanya tempat urut tu...... bule dah amik semua tempat. Urut tapak kaki boleh urut badan pun boleh tapi ............. no privacy. Takmo lah aku...... lelaki pun ada kat dalam tu. Never mind kita cari tempat lain. Salon yang ada kat area situ pun campur laki pompuan open lak tempat tu...... ternganga je pintunya. Takmo gak.
 
Jalan lagi arah selatan, ahhaaaa........ aku nampak Eda Salon kat satu lorong tapi lorong tu tak berapa terang. Memang betul pun ada salon tapi mbak tu kata tukang pangkasnya udah pulang so dia suggest aku pergi yang belah dalam sket, apa ke namanya. Aku ni pun dah dia bilang tak jauh takdelah aku klip sandal aku tu. Jalan punya jalan.............. jeng jeng jengggggg....!!!!
 
Memula aku nampak 2 orang lelaki muda tengah bersembang sambil minum air, tanya kat dia tapi dia tak sure. Tanya pulak kat 2 orang awek bermini skirt, owhhh di sana mbak. Jalan sikit lagi tapi aku perasan semua orang pandang aku yang berjalan sambil mendongak mencari signboard, cumanya aku tak perasan mengapa. Aku jalan berlenggang je tak bawak beg dan kamera. Then aku nampak seorang lelaki 40an duduk dengan dua orang perempuan muda-garang je pandang kat aku.
 
Tempat tu bersih tapi agak gelap, sama jugak macam lorong yang lain kawasan tu adalah kawasan perkampungan di bandar, masjid kecik pun ada dekat-dekat situ (di lorong yang lain). Bila aku berjalan aku perasan mata mata yang memandang kehairanan.... ngapain dong? kata aku dalam hati. Kemudian aku nampak perempuan 40an yang berbadan besar dan berbaju sleevless ketat, ternampak pulak lelaki dan perempuan kat depan pintu rumah KEMUDIAN aku ternampak tulisan 'Rumah Family' terusssss aku teringat Saritem di Bandung!.
 
Makkkkkk!!! Terus aku patah balik, nak jalan lelaju pun tak boleh pasal sandal aku tak berklip- dah nak sampai kat pintu keluar baru aku berani berhenti betulkan sandal aku tu.
 
Sampai kat bilik mencungap-cungap.
 
Awat?
Termasuk tempat jual 'ayam'!
 

Post a Comment

0 Comments