Meh kita sambung cerita....
Lupa nak bagi tau kami dibawa ke losmen Utar Pension tu oleh someone yang menunggu di Jl Sostrowijayan. Sambil berjalan tu kami bersembang la serba sikit -speaking London gitew. Ditanyanya kami do u know upin ipin? do you know siti nurhaliza? do you know manohara? Terus-menerus lak tu..... sepatutnya dia yang kena tanya, itukan produk Malaysia. Lagi satu, sesapa yang nak stay kat budget accomodations nih bawak le towel sendiri coz sometimes tak disediakan atau perlu disewa macam Tunes Hotel tu atau kalau dibagi pun kocikkkk bonar, macam tarzan kalau dipakai pun.
Sebelah malam hari pertama tu aku mintak dihantar ke Rumah Mode. Tukang beca yang pertama ga tau dimana, yang kedua macam yo yo tau..... bisa buk, 5 ribu aja. Sudahnya meraban ontah kemano tak jumpo punnnnnn....kono bayar lobih pulak tu.
Hari kedua memang dah plan nak ke pasar minggu UGM (bunyinya uu, ge, em dibaca secara phonics bukan yu, ji, em) Universitas Gadjah Mada. Biasalah pasar minggu macam-macamlah yang dijual tapi tak se-best pasar gasibu di Bandung. Cuba search kat sebelah. Pasar ni disusun memanjang dan sempit. Naik bas dari Malioboro je senang. Kalau nak buat facial atau gunting rambut kat area uni murah ikut rate students tapi banyak pulak tempat yang nak disinggah lepas ni.
Brader ni tengah membuat gaguli/lolipop .... cantik dan menarik
Adakah aku sama tinggi dengan smurfs dan ayam nih? Macam takut je ayam tu kat aku... yang ini tak berak merata punya
Kemudian kami turun di Malioboro St kembali lalu berjalan kaki ke Fort Vredeburg yang dibina pada tahun 1765 yang suatu masa dahulu menjadi benteng bagi pasukan tentera Belanda sebelum menyerah kalah tanpa syarat kepada Jepun . Sapa kata orang pendek tak kuat?
Tugu dua orang tentera Indonesia di Fort Vredeburg
Muzium Benteng Vredeburg terletak di depan Istana Presiden (satu dari tujuh istana kepresidenan di Indonesia) dan berdekatan dengan Istana Sultan Yogyakarta Hadiningrat yang dinamakan Kraton. Benteng ini dikelilingi oleh sebuah parit yang masih boleh dilihat sampai sekarang. Benteng berbentuk persegi ini mempunyai menara pantau di keempat-empat sudutnya.
Nun di sana istana presiden.
Gambar di atas diambil dari bahagian atas Vredeburg so korang boleh nampak para jaga parking/supir dok menolak van tu. Sama macam parking kat flat di KL jugak, sila jangan tarik hand brake hehehehheh.....
Sungguh berbeza kan taraf peniaga Malaysia dengan di Indonesia ni. Kalau kat tempat kita peniaganya ada yang naik Storm, Luton Van, lori, proton paling koman pun naik motor jual roti keliling taman ........ di Jogja dan kebayakan kota lain di Indo inilah kenderaannya. Kesusahan membuatkan mereka gigih berusaha. Kalau ke sini cer try apam yang digoreng dengan bijan ermmmm...... sedapppp! Cuba jugak tahu goreng, kerak telur dll tapi masakan orang sini manis-manis belaka cuma depa akan bagi cili hijau sekali. Kekadang dapat sampai sebungkus dah boleh buat sambal belacan.
Monumen Serangan Umum 1 Maret 1949 oleh TNI bagi membuktikan kepada tentera Belanda dan PBB bahawa mereka masih wujud dan kuat.
Tidaklah kutahu apa maksudnya
Kraton Ngayogyakarta Hadiningrat
Oleh kerana on day 1 kami tak sempat ke sini on day 2 kami sampai ngam ngam nak tutup dah dan aku dah malas nak mengulang lagi ke Kraton ni. Dapat la amik gambar sikit yang belah dalam tu itupun buat muka seposen kat kerabat yang jaga pintu keluar kraton, tapi tak cun la pulak gambarnya.
Setakat yang aku tau Yogyakarta dipanggil daerah istimewa kerana masih bersultan dan kesultanan ini dikekalkan di sini kerana mereka bersama-sama berkeras menentang Belanda di masa dahulu. Eloklah tu.... yang menyokong penjajah elok di dushhhh....kan aje.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.