Lima budak hitam
Bergurau tiap saat
Satu kena hantar asrama
Tinggal lagi empat..... uhuk uhuk...
Aduhaiiiii sedih gilos.
Kami mak ayah berdua ni mengakulah terkilan tidak menghantar yang anak sulung ke sekolah agama menyambung apa yang telah dipelajarinya since standard 1. Terasa sangat rugi, rugi kepada si anak dan rugi jugak kami ni mak bapaknya. Entah kenapa don't know exactly apa yang membuat kami membuat keputusan yang silap menghantar dia ke sekolah menengah biasa. Mungkin rasa tak yakin berjauhan.
Pada masa tu sekadar memohon sekolah agama kerajaan yang dekat-dekat sahaja sebab result UPSR kurang memberansangkan tapi bila tak dapat kami hantar ke SMK. Ehh... dapat tawaran ke satu sekolah agama tapi mula-mula tak diberi tinggal di asrama so tak sanggup la eden nak menghantar jauh-jauh buto tu setiap hari. Memang tak salah ke SMK tapi hajat kami mahukan pendidikan agama dan akademik yang seimbang. Kelas aliran agama di SMK (cuma ditambah bahasa arab) tak banyak membantu sekiranya persekitaran kehidupan dan pembelajaran tidak ke arah itu.
Jadi kami membuat keputusan all the heros akan dihantar ke SA tak kira jauh ataupun dekat. Sebelum UPSR lagi aku dah survey banyak sekolah. Nak dihantar yang kat NS ni saingannya sangat sengit kalau tak dapat 5A UPSR dan min 4A 4B UPKK dan lulus interview jangan mimpilah. Ada satu sekolah agama swasta tu wuuiiiiii rm525 sebulan!!! Kalau anak sorang dengan gaji ribu riban boleh ler..... So akupun call maahad tahfiz yang di Pasir Mas dan Kota Bharu nun. Hairannya telefon sekolah tu engage ataupun tak berangkat kecuali ada satu sekolah tu. Tak berjodoh ke situ gamaknya.
Nak hantar ke SA/ST kena tengok jugak sekolah tu. Oleh kerana high demand sekarang ni sesiapa sahaja yang berkemampuan atau ada pelabur yang sanggup boleh buka ST. Ni bukan aku yang cakap ye..... seseorang yang pernah belajar dan masih terlibat dengan sekolah jenis tu yang bagi tau. Bimbang anak kita jadi bahan ujikaji je. Sekolah-sekolah yang baru aku tak yakin sangat.
So kami decided try apply sekolah kat Kedah ni.... berdoa siang malam ko.
Ujian untuk 3rd batch pukul 9 pagi jam 8 kami dah tiba, seminggu sebelum dipanggil mendaftar. Alhamdulillah
Entah apa yang ditulis aku pun lupa nak tanya tapi yang pasti kena jawab dengan tulisan jawi. Nasib baik tak disuruhnya mak ayah sekali jawab soalan. Kalau tak kantoilah banyak yang salah eja hehehehhe.... Lepas tu ujian bacaan al-quran pulak. Segalanya dipermudahkan Allah, syukur.
Kepada mak bapak nasihat dua kupang dari aku, kalau anak masih mengaji quran dan dia nak amik exam penting macam UPSR jangan diberhentikan kelas mengaji tu dengan alasan nak gi tuition melainkan tuan-tuan dan puan-puan boleh mengajar sendiri dia mengaji. Ramai yang buat macam tu tapi tak kemana jugak.... takde maknanya. Solution mudahnya hantar ia mengaji lebih awal. Macam abang dengan kakaknya khatam quran darjah 5, Adam darjah 3 sebab dia start awal, darjah 2 kalau tak silap. Walaupun dah khatam setiap hari lepas maghrib kena mengaji jugak, biar sikit satu dua mukasurat asalkan istiqamah.
Hari pendaftaran......... form 1 lebih kurang 450 orang, yang berjubah tu pelajar tahfiz sains.
Nak masuk tahfiz sains di mana-mana sekolah pun minimum kena dapat 4A 1B dan boleh membaca al quran dengan baik dan mampu menghafaz sekurang-kurangnya lima baris ayat dalam masa setengah jam.
Dengarnya dekat 800 orang apply nak belajar kat sini tapi pihak sekolah tak mampu sediakan tempat. Abang tak dapat masuk tahfiz sains kerana kurang kelayakan tapi dia still kena hafaz beberapa surah jugak nanti. Pelajar tahfiz sains ni cutinya berlainan dan yuran kemasukkannya dan bulanannya lebih banyak. Yuran abang rm210 sebulan. Inilah bakal-bakal professional yang hufaz quran. Doakan kejayaan buat depa semua.
sedih worrrrr...............12 tahun kita bela tiba-tiba kena serah untung nasib kat orang lain hiksssss
Adik kecik dia boleh pesan, abang jangan nangis tau! Makin nangislah abang dia. Aku lagilah .......
Ko belajar bang, mama tahu ko boleh buat. Nama ko tu maksudnya bertuah dan cerdik, ingat saja-saja ke bubuh nama tu?
Selesai yang di atas kembali ke Seremban
Mak bapak yang sama-sama nak masuk sekolah hehehheheh....
Tahun ni register lagi sorang ke tahun 1. Di sekolah ni setiap hari ada hafazan mula-mula surah pendek bila sampai darkah 5, 6 kena hafaz antaranya surah Yasin, Mulk, Sajadah, Waqiah. Aku dulu kat sekolah menengah baru belajar menghafaz surah-surah pendek. Tak pastilah pulak program j-qaf ada buat hafazan ke tidak. Itu sebab aku kata rugi bila tak sambung ke sekolah agama tapi kena bayor le setiap bulan, yurannya kurang sikit dari sekolah ABIM. Takpelah kan, dalam kubur nanti kita akan disoal sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya. Sekolah ni pun cemerlang UPSR tahun lepas. Even Maahad Muhammadi shares kedudukan yang sama dengan KGV dalam SPM 2010 tapi orang tak tahu sebab bukan sekolah gomen.
Ada parents yang yang menghantar anak mereka ke sekolah sebegini sampai darjah empat je sebab mengharapkan anak-anak mereka akan dapat ke sekolah berasrama penuh lepas UPSR (pelajar SAR dan sekolah swasta tak boleh masuk ke boarding school). Dulu akupun fikir macam tu jugak tapi bila difikirkan sedalam-dalamnya .... biarlah, MRSM pun terima pelajar-pelajar ni. Lagipun jika berpeluang ke Maahad atau tahfiz sains adalah lebih baik.
Belajar agama bukan sekadar nak jadi ustaz atau tok lebai. Yang dapat 20A SPM dulu tu pun ketiga-tiganya keluaran sekolah agama/tahfiz and all of them pergi ke medical line. Ust Zaharudin Abd Rahman pun dari sekolah agama tapi sekarang menjadi penasihat syariah kepada bank. Kena buat kira-kira dan pandai omputeh gak tu.
Mudah-mudahan mereka menjadi seperti yang diharapkan. Amin.
4 Comments
Salam, amin Ya Allah, suka sy baca kisah ni... angan2 utk hantar anak ke sekolah begini juga...moga Allah beri jalan... :)
ReplyDeleteHi Marya!
ReplyDeleteSemoga di permudahkan, amin. Memanglah belajar di sekolah agama bukan jaminan anak tu akan jadi baik tapi at least kita dah berusaha dan kalau suatu hari nanti dia tergelincir mudah-mudahan cepat pulang ke pangkal jalan. Kalau dengar cerita cikgu-cikgi sekarang ni.......menakutkan!
Saya cuma mahukan anak-anak menjadi lebih baik drpd saya je.
tuan, boleh tahu nama sekolah ni..
ReplyDeleteAskm cik anon,
ReplyDeleteSekolah yg kat atas tu SM arab yayasan khairiah, kupang, baling, kedah
Feel free to leave your comment below. Thank you.