Pukul 7.30 pagi aku dah terpacak depan masjid raya. Kononnya nak masuk tapi grill berkunci... rupa-rupanya ada hamba Allah dok vakum karpet, tak dengar orang panggil. Hujan renyai pulak time ni. So sementara nak tunggu para tetamu sampai pukul 8 setengah kang aku amik gambar dengan ditemani Pak Abdullah. Dia nak solat dhuha kat sana. Dia dah tolong cerita pandai-pandailah nak hulur ye walaupun dia tak minta.... selain menghulur ke dalam tabung masjid. Takpelah, dia dah tua lagipun baik je pakcik tu.
Mencari rezeki yang halal tak mengira hujan ataupun panas
Masjid dan pintu gerbang ni sudah berusia 105 tahun.
Pintu pejabat di pintu gerbang
Tempat wuduk yang baru 20 tahun (kiri dan tengah) tapi dah retak berbanding dengan bangunan masjid yang masih kukuh berdiri. Ruang dalaman masjid tak besar... ialah kan, dibina untuk masyarakat islam 105 tahun dulu, tapi kawasan luarannya agak luas. Time aidiladha penuhlah kesemua kawasan lapang ni. Masjid raya ni dibina atas idea arkitek Belanda. Yang aku suka tengok kanak-kanak lelaki bermain bola sepak di kawasan masjid di waktu petang. Kan bagus begitu, apa yang penting menjaga aurat bila berada di sini. Di Acheh pun begitu, masjid sebagai pusat komuniti.
Tersenget pulak gambar ni.
Mimbar yang mirip mimbar di Madinah dengan 9 anak tangga. Batu marmar di dalam masjid ni kesemuanya diimpot dari Italy. Di belakang mimbar ni ada jam besar hadiah daripada Queen Elizabeth tapi dah rosak. Yang digunapakai sekarang ni jam hadiah daripada kerajaan Jerman.
Al quran tulisan tangan hadiah kerajaan Pakistan
Pak Abdullah yang masih kuat daya ingatannya. Aku suka berbual dengan golongan veteran yang tahu dengan tepat tentang sejarah ni. Ni di sebelah kiri masjid, ada kawasan perkuburan. Yang hampir dengan masjid untuk raja, di sebelah pagar nun untuk orang biasa. Soalannya tetap sama: maarabbuka?????
Tak tahu nak panggil apa... ukiran dari kayu jati yang sungguh berseni. Menurut Pak Abdullah, kalau tak silap aku la, time solat Jumaat lepas takbir di depan ada yang takbir di sini pulak. Mimbar (betul ke?) ni diletakkan di bahagian muslimat. Tu yang aku tak faham tu.... Yang bagusnya di masjid-masjid di Medan ni kawasan solat muslimat diasingkan dengan papan/tabir seperti di Malaysia maknanya para muslimin tak nampak kita lansung tetapi di Acheh ruang solat muslimat hanya diasingkan dengan pagar rendah tanpa tabir. Alaaa.... macam pagar yang kita pasang kat dalam rumah tak nak bagi baby merayau sampai ke dapur tu.
Cantik ruang dalam masjid ni sayang lampu asal di beranda dah rosak. Tiang marble dari Italy
Salah sebuah daripada 7 pintu yang menandakan 7 hari dalam seminggu
Kaca tingkap dari mana haa...? haiii... lupa le pulak. Belgium kot.
Pintu gerbang yang masih kukuh berdiri. Di belakangnya ialah Hotel Madani. Di belakang hotel tu ada food court.
Selepas selesai melawat dan mendengar sejarah Masjid Raya Medan ni kubawa tetamuku makan pagi di Soto Sinar Pagi. Orang Malaysia bukan main recommend lagi tempat nih... sedap bangat katanya. Aku rasa biasa je sotonya... last month aku buat soto guna rempah Faiza/Adabi cam gitu jugaklah rasanya. Kadang-kadang orang kita berlebihan sangat memuji. Kalau u all datang dengan keluarga with tight budget skip lah kedai makan ni. Aku buat perbandingan dengan Malaysia nih.
Bila aku bilang sama supir saya rasa biasa aja....
Supir pulak balas, iya buk, saya pun heran mengapa ibu mau ke sini. Kan ibu bilang di hotel ibu nginap itu enak.
Saya kan membawa tetamu ....... yo lah kan, takkan nak bawak dia orang makan kat tepi jalan pulak.
I tell u, kalau u jenis tak kisah try breakfast kat sini .
Lepas tu apa lagi, ke Pajak Ikan lah! Aku tak betah berlamaan kat sini weh so aku mintak tolong supir hantarkan ke pasar buku Titi Gantung. Tersilap ler.... sepatutntnya ke Lapangan Merdeka. Dalam pada tersilap tu punggah gak 6 buah buku.
Penghantar lauk
Kalau nak ke Titi gantung kena melintas landasan ni dulu. Kalau supir bilang dari awal aku boleh jalan kaki saja dari Pajak Ikan tu. Dia amanah sebenarnya, disebabkan dah tugas dia so dia hantarlah kemana kita mahu walhal tempat tu dekat je, di sebelah kanan.
Tauke kedai buku di Titi Gantung. Ada buku lama, majalah dan buku sekolah. Dalam pada aku memilih buku sempat lagi aku mengirim kat wife pakcik ni belikan aku kopi dan keropok malinjau (ye ye...sempat mengirim lagi tu hehehheheh..... kebetulan dia nak ke pasar). Dapat jugak buku gratis sebuah hehehh.... terima kasih pak!
Kemudian ke Maha Vihara Maitreya
Aku tak masuk ke dalam pun...
Lepak-lepak sambil melihat burung bangau yang beribu jumlahnya.
Percutian ni 4h 3m tapi dengan solid 4 full days so hotel dan sewa mobil lebihlah. Lebih kurang jam 4 petang kami hantar para pelancong ni ke hotel untuk berehat dan packing tapi aku dan lagi pi massage kat sebelah hotel tu jek. Tak mau recommend lah, tak best. Kat area Vihara ni ada sebuah tapi jauh pulak nak balik ke hotel nanti.
Di airport ada yang kena paw, group yang lagi satu yang dah balik jam 6 petang tu kena paw sampai seratus hengget lebih. Hmmmm....... bilalah nak berubah? Jelek sungguh. Tapi aku masih mau ke sini kerna ada a few places yang masih belum ku lawati. Bilakah?
Kesemua gambar tanpa menggunakan flash light. u yang kelam sket kat dalam masjid.
4 Comments
salam,
ReplyDeleteboleh dapatkan contact rental car n supir yg u guna sepanjang di medan ni? berapa kos nya ya? boleh bagi anggaran tak utk transport 4D3N sekali dgn sewa, minyak, parking fees, etc. rasanya nak follow cam u punya trip ni gak. medan-perapat- brastagi-medan
kenapa tak boleh masuk "try breakfast kat sini" tu? nak kena login google tapi bila dah login kata tak ada permission pulak?
ReplyDeletehai nizam!
ReplyDeletekalau tak boleh u gi terus tengok entry Medan bulan 6 2011
Enjoy Holiday Medan, perlu ke gunakan tanda seruan (!) dalam ayat you? Tahu tak bila sepatutnya tanda seruan digunakan??
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.