Bas dah takde weiii



Masa hu ha hu ha orang sibuk tentang perkhidmatan bas yang dah terhenti kek Nisimlan nih aku tak kisah sangat sebab jaraaaaaanggg naik bas henti-henti, aku cuma naik bas ekspress sajo kalau perlu.

So kisahnya aku balik Kodah dengan abang kononnya ada interview sekolah agama. Aku okay je en husband pun dah tak kisah nak lepaskan aku.... berani giteww. Oleh kerana aku naik kek Somban so kenalah aku turun di Sungai Petani ataupun Butterworth, aku pilih SP. Naik bas malam ni best noks pertamanya sebab kita tak membazir masa tidur di siang hari, keduanya sejuk dan nyaman dan ketiganya bas gerak jam 11.15 pukui 4.30 dah sampai. Kalau siang hmmmm.....

Sampai SP brader yang bawak kete sewa tu kata bas ke Baling pukui 6 takdak, kalu ada pun pukui 8 ka 9 ka...... Wa tak percaye...wa pi tanya kat vendor sokkabar pulak. Dia kata ada cuma bas ke taman-taman je takdak. Camner nih? Confuse sudah. Ku telepon bos pukul 4 setengah tu harammmm tak berjawab. Tengah mimpi Lisa Surihani agaknya. Kalau naik teksi mau 60 hengget ditibainya. Okaylah pi semayang subuh dulu... takda rasa takut pun sebab berjalan berdua dengan abang. Tenang je SP di subuh hari tu, selain gerai nasi lemak berlauk semua kedai lain tutup.

Dekat pukul 6.30 kaunter Transnasional/Cityliner bukak. Sah! Route SP-Baling dah ditutup. Arghhhhh.........!! Terpaksalah naik bas Sik turun di Kuala Ketil then naik bas lain ke Baling pulak. Dah mengundur ke belakang semula kita ni. Ya rabbiiii.... aku ingatkan bas yang tahun 80a dan 90an tu dah takde hahahhaha.... dengan seat yang sempit, aku yang pendek ni pun boleh lutut kena seat depan. But abang enjoy sangat naik bas tu... pengalaman pertama kekdahnya heheehehheh.....ko simpan tiket tu bang.

Aku yang pertama kali naik bas lompat ni setelah berbelas tahun meninggalkannya pun terasa susah inikan pulak orang yang terpaksa naik hari-hari. Memang mencabar sungguh kalau bas lansung tak ada.

Post a Comment

0 Comments