Assalamualaikum.
Hari tu aku nonton Womb of the world kat astro, korang pun ada menonton kot? Sebelum ni In the womb memang terbaiklah. Masa tu mak mertuaku ada di sini, dia siap cakap hangpa tengok tu... nak lawan jugak cakap aku noooo . Aku pulak tambah, ingat senang ke nak beranak? tu pun nak lawan cakap bini lagi....... hahahhah.... suko ati den yo nak cakap apo dopan mak mentuo den.
Al quran panduan sepanjang zaman. Kita kena ikut quran bukan quran yang kena sesuaikan dengan nafsu kita. Dalam Islam ada aturan nasab keturunan sebab tu orang berzina kena sebat/rejam dengan batu sampai mati. Kalau tak direjam dia akan menggalakkan yang lain pulak untuk berbuat maksiat. Ada jugak kajian sains yang mengatakan sebatan tu dapat mematikan kuman (hiv?). Kalau dah disebat depan orang ramai agak-agak yang lain nak follow tak buat maksiat secara berjemaah macam sekarang ni? Aku bimbang, takut sebab ada anak. Sangat mencabar membesarkan anak-anak di zaman ini.
Berbalik kepada cerita mak tumpang tu..... boleh pulak main tumpang tumpang perut ek? Manusia sekadar menggunakan logik akal mereka. Bukan agama Islam sahaja melarang even Kristian pun tak benarkan. Mat Aussie tu sendiri cakap sebab tu mereka ke India.
Prosesnya, benih lelaki disenyawakan dengan telur ibu tumpang ni. Setahu aku proses ni haram walaupun tidak berlaku sexual intercourse diantara dua pihak. Hanya benih suami yang sah boleh disenyawakan oleh isteri. Kekurangan program di India ni menurut peserta, mereka tak boleh pilih mak tumpang tu. Kalau dapat yang cun macam Aiswarya Rai dan sihat okaylah. Kelebihannya, di India lebih murah dan undang-undang mereka membenarkan. Wanita-wanita di India sanggup menjadi ibu tumpang sebab kemiskinan. Nauzubillah..... . Apalah lagi yang tinggal pada seseorang manusia kalau tubuh badan sendiri boleh disewakan.
Pasangan dari Kanada tu telah memberi lebih daripada yang sepatutnya sebab gembira sangat dapat twin, dia belikan 'apartment' (depa panggil apartment yang rupanya lagi teruk daripada flat tempat kita). Si mak angkat nampak sangat gembira masa bercerita sampai keluar air mata. I can feel it...... yang ibu tumpang pulak menangis kerana terpaksa melepaskan sesuatu yang sangat berharga. Dah 9 bulan duduk dalam perut siap dengan uwek uwekk uwekkkkkkkkk nya pagi dan petang, perasaan gembira anak menendang dalam perut, anak lahir sihat sempurna akhirnya babai mak! kita dapat daddy baru.... kita nak dok obersi.... boleh mereng dibuatnya wehhhh.... Yang confirm untung orang tengah, doktor tu lah. Agak-agak berapa fee yang dia kenakan kepada calon parents ek? Since the mak tumpang duduk asrama dari start mengandung pastilah si doktor akan caj sewa katil, makan minum segala..... maybe 10 dolar a day? Jual orang lagi untung dari jual untaaa.....!
Ada satu lagi kes yang aku pernah baca tapi tak sure dipanggil apa - penderma sperma. Sekumpulan mak-mak ni melahirkan anak yang bermasalah kesihatan/cacat, rupa-rupanya mereka mendapat benih daripada penderma yang sama tapi tak dapat dipastikan siapakah dia sebab depa guna kod saja.... hmmmmmmm. Jadikan sempadan yek. Setiap peraturan dalam Quran ada sebab-musababnya yang mungkin belum dapat dikaji dek manusia.
Ya, aku simpati kepada pasangan yang telah berkahwin tapi tak dikurniakan anak ni. Ramai jugak yang tak berapa fertile, stress kot keje zaman sekarang ni. Aku ada sorang kenalan yang dah berkahwin lain pun tak dapat anak lagi. Si bekas isteri dah 'berhasil' sedangkan dia masih begitu. Dia lelaki mesti lebih rasa rendah diri kan. Aku rasa dulu dia buat family planning dengan yang lama, dengan yang terkini aku bagi tau kalau nak plan pun anak kedualah, kenapa nak menolak rezeki? Hari tu dia bilang dia nak anak aku eiiiii......... dia ingat aku bersin je budak tu tersembul keluar ke? Putuih ughek tau tak? Mudah-mudahan dia dah beranak-pinak sekarang ni.
1 Comments
Anak bukan shj kurniaan tp juga amanah dr Allah SWT.....bersyukur sgt3 kita diberi peluang memiliki n merasa jd seorg ibu.
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.