Ulasan buku: Hari-hari akhir Ferdinand Marcos



Assalamualaikum.

Hari tu masa ke Bandung aku beli buku yang ini kat pasar kaget…
Editor: Jajak MD dan HG Sudarmin
Penerbit: Metro Pos, Jakarta 1989

Yang muda-muda tu pernah dengar tak nama Ferdinand Marcos? Bininya Imelda sama sekepala dengan dia bertakhta di Istana Malacanang selama dua dekad. Kejam Marcos ni, dia bukan saja dituduh terlibat dalam komplot membunuh Benigno Aquino masa kawan tu baru pulang dari pembuangan – baru jejak kaki kat airport - tapi jugak lawan politik seawal pembabitan dia dulu. Dia ni dek rakus menggelapkan duit negara sampai dibuang di Hawaii. Mengikut cerita dia, dia rela keluar dari istana rasmi Malacanang sebab dia dah sediakan Malacanang North yang lebih va va vooommmmm tapi dah dibelit dek Amerika supaya dihantar ke Hawaii. Amerika tu walaupun penyokong kuat dia dulu tapi bengang jugak sebab bantuan duit yang bermiliyar tu dirembat dek depa dua laki bini beserta kroni.

Kalau kita baca dan ikuti perkembangan para pemimpin yang tak amanah sebegini macamanalah tak kena hambat dek rakyat, dia hidup bermewah-mewah sedangkan rakyat terbanyak mengais tanah nak makan. Yang terkini pemimpin negara Islam di asia barat. Terlampau kaya sampai boleh hantar jet jemput aiskrim kegemaran. Aku suruh anak beli naik basikal jer.

Marcos dan Imelda ni semasa lari ke Honolulu siap bawak 89 orang ahli rombongan termasuk pembantu dan orang gaji sampai poning kepalo gabenor Hawaii pada masa tu. Dah tak macam kena buang, rombongan shopping adalah kalau gini. Di istana Malacanang pula dijumpai segala macam barang berharga (collector items) , ratusan gaun yang mahal-mahal, lima buah rak khas untuk handbags……… aiyyooooo manyak syiokkk okay…., 22 helai gaun ekslusif dan mantel bulu berharga usd13,200 buatan Nina Ricci yang dibeli pada tahun 1970 di Paris. Fuhhh….. tahun 70an lagi dah pakai barang rege belas ribu dollar! Ada jugak 6 keranjang sabun mandi yang diimpot, 68 pasang sarung tangan, 1000 helai underwears dan 3000 pasang kasut wanita yang sebahagian besarnya belum dipakai! Fuhhhhhhh……….!!!!

Kalau sehari pakai 2 helai, setahun= 730 helai. Setahun lebih baru habis semua seluar dalam tu dipakai. Itu yang tinggal, yang dah diangkut ke Hawaii berapa banyak pulak? Osah banyak ea...... Pakai dan buang I guess……. or penyokong dia amik sebab branded punyo? Besar jugak Imelda ni, mau saiz L/XL …… . Untung la sesiapa yang buat bisnes spender dengan dia :-)

Aku suka baca buku tentang orang-orang terkenal dan hebat ni, tak kiralah dia terkenal sebab yang positif atau negatif, ambik yang baik-baik sudah. Setiap orang ada sisi baik dan buruk dia. Baca dan pertimbangkan. Nak baca sokkabar saja pun bosan gak, elok-elok dah senyap dan tenang dah boleh cerita fasal ekonomi dan rakyat ada pulak yang bukak balik cerita cctv tapi scene yang lain. Dah takde modal ke nak buat berita dia orang ni? Bosan tau. Patutlah sokkabar tak laku. Apasal tak ko je yang kena bang! bang! bang! hari tu? Entah apalah faedah kepada dia di dunia dan akhirat upload cerita yang tak pasti dan berprasangka macam tu? Tak ingat mati ke? Bosan!

Sapa pulak nak kena hambat lepas ni?

Post a Comment

0 Comments