1 malam di Sabang sangatlah tak puasnya ....... at least 3h 2m di sini. Hajat di hati nak naik kapal lambat lagi tapi takdo pulak so kami naik Pulo Rondo. Harganya memang jauh berbeza tapi 45 min dah sampai. On weekdays kapal-kapal ni bergerak sehari sekali je. Kapal lambat tu pun atas bantuan antarangbangsa. Kalau kita berborak dengan orang-orang aceh ni tentang tsunami pasti mereka akan cakap kalau tiada bantuan kak................. betapa bersyukurnya mereka dengan bantuan kita semua. Kat Sabang aku ada nampak pusat kesihatan bantuan kerajaan Malaysia... bangga seyyyy....
Dalam tsunami 2004 123,000 nyawa lenyap, oleh itu Aceh tak sesibuk Jakarta/Bandung, jauhhhhhh bezanya. Time raya sunyi sepi kota ni sebab ramai yang pulang ke kampung halaman yang jauh. Kiranya kota Aceh ni sedang dimajukan oleh orang lain jugaklah. Yelah, kalau tahun 2005 tu lahir 1,000 lagi baby sekarang ni umurnya baru 6 tahun, masih berada di persekitaran sekolah lagi.
Dari pelabuhan kami terus ke hotel naik labi-labi. Mula-mula nak naik becak je tapi dia nak 30k. Kalau naik labi-labi ke kota baru 6k seorang tapi kami minta dihantar ke Hotel Parapat terus so dia caj 10k rupiah. Transport di Aceh ni mahal, main puluh-puluh ribu je untuk pelancong. Makan pun gitu gak, breakfast sampai rm7.50 sorang, biasanya kat Malaysia aku makan dalam 4 hinggit jek.
Masa aku register kat hotel si apek tu mintak surat nikah bila nampak bapaknya di luar. Aku pun ternganga la. Ye, serius aku ternganga. Sejak tahun kedua kahwin aku dah tak pernah bawa kad kahwin ke mana-mana. Bila dia nampak aku macam bingung terus dia tanya, ibu orang Malaysia ya? hahahh...... barulah dia minta passport. Ha ko, jangan mengada-ngada nak honeymoon dengan girlfriend pulak.
Keluar je dari hotel ni di sebelah kanan Hotel Medan, sebelah kiri Hotel Wisata, di depan ada Rex food court, belakang Rex Hotel Palembang. Dekat Hotel Palembang tu ada kedai makan Mujahidin. Try lontong dia pepagi sodappppppp.......
Inilah 1st time sejak aku pandai tidur di hotel dari yang berbintang sampai ke taraf losmen kami diberikan sejadah. Walaupun ini hotel bajet tapi kita akan dapat towel, sabun, sejadah dan dua botol air mineral, arah kiblat pun ada. Hotel cina ni......... tak sangka. Staf hotel tu kata owner ni menghormati agama lain. Indahnya. Tidak seperti di Sabang, bilik ni ada tilam foam saja. Maybe bilik deluxe tilam spring kot.
Time tsunami dulu ground floor tenggelam terus akibat pertembungan air dari dua arah. Staf hotel tu masa bercerita dengan aku meremang bulu roma dia. Kekadang aku rasa macam bersalah pulak mengungkit bertanya kisah sedih dia orang tu tapi aku nak dengar cerita sebenar daripada orang yang mengalami.
Letak je beg terus jalan-jalan...............
Makcik ni jual mi di pasar Peunayong
Masjid Baiturahman di malam hari
Tempat imam/mimbar dibuat seperti pintu Kaabah. Lepas solat maghrib ada tazkirah
Aku sebenaqnya tak celuih masuk ke kawasan masjid tu, kena tahan dengan polis syariah huhuhuuu............ Al kisahnya aku pakai t-shirt lengan panjang tutup pungkok sajor. Alamakkk.......... macam mana ni? Dengan otak yang kreatif dan muka kesian aku pun berbicara dengan pak polisi tu. Alhamdulillah........ niat yang baik telah dimakbulkan tapi tak dapatlah nak berjemaah sebab dapat kain je telekungnya takdo isk isk... Kalau kita dah pakai baju labuh dan longgar dan lengannya bercekak senang, sarung je stokin terus solat. Peraturan di sini time azan hentikan semua aktiviti lain. Kalau tengah giat membidik, hentikan. Karang kamera ko kena rampas siap dengan denda lagik.
I tell u, jemaahnya ramaiiiii...... time bacaan alfatihah selepas doa tu meremang bulu roma. Sebak pun ye. Tu belum sampai Masjidil Haram lagi tu.
Selepas tu kami makan Ayam Tangkap dan Ayam Lepas di Rex food court. Waduh waduhhhhh............ gwe sudah jatuh chenta sama jus alpukat. Dah beberapa kali ke Indo tak pernah ingin nak mencuba, ha ko..... sekali rasa terus terpikat. Nyesal pulak tak beli bawak balik buah avocado tu. Sehingga hari terakhir aku dah minum 5 gelas jus alpukat hahahahah.... kat airport je 2 1/2 gelas.
Then aku ke Ocean Spa yang terletak di sebelah kanan hotel kedai paling hujung untuk dipijat, aktiviti wajib setiap kali ke Indonesia. Aku mengada-ngada nak menerai Thai Massage tapi dalam hati berkata betul ke urut Siam nih? Betul koooo........... macam Samantha Brown tu..... patutlah berurut pakai baju, dikepak-kepaknya badan ko. Masa tu aku teringat rancangan masakan yang Chef Wan jadi hos dulu, dikepak-kepak ayam nak bagi lembut. Nyaman.......... tapi aku takmo dah hahahhahahah............
Group yang lagi satu tu duduk di rumah sajor di malam hari ni...........rugiiiiii
3 Comments
kalau nak poi lagi jgn lupa bg tau akak ya maria..
ReplyDeleteeh!nanti akak promote blog maria ni kat blog akak ya..Tunggu masa yang sesuaiiiii..boleh tak???
ReplyDeletekak, kecik tapak tangan KLIA saya tadahkan
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.