Bercakap tentang tenants ni jenis kerja, education background, kelas hidup berbeza mengikut tempat. Students universiti antara yang aku suka menjadi penyewa selain yang bekerja tetap. Kerja tetap tetaplah bayornye ye dok? Maaflah, aku dah tak kuasa nak dengar cerita sedih kena balik kampunglah, mak sakitlah, kereta rosaklah, itulah inilah............ kereta aku pun dah baligh tak berganti baru. Aku bukan newbie lagi walaupun belum otai, yang nak diautakan. Aku kan suka tengak cite polis..... tapi bukan Gerak Khas ye.
Students ni boleh jadi modal menaikkan semangat belajar anak-anak aku. Antara dialog kami laki bini dengan anak-anak bila students jadi penyewa:
Cuba ko tengok abang tu..... dia pandai sebab tu dapat belajar kat universiti
Ko tengok akak tu biasa je... takde pakai tudung bergaya sakan berpintal-pintal tapi pandai.....
Kekadang kita tahu students tu dari keluarga yang biasa -mungkin agak susah-
Ko nampak akak tu baju dia dari kain murah je... handphone pun takde kamera tapi boleh je belajar. Kalau dia tak cemerlang dia takkan boleh sambung belajar lagi kat universiti ni... Ko tu nanti dah masuk unibersiti baru mama belikan henpon takpun ko amik mama punya ni nanti mama beli yang baru... Taknakkkkk!!!
Ko nampak tak plastik maggi dalam tong sampah tu? Dia makan maggi je tau sebab ayah dia takda duit.
Yang paling selalu keluar dari mulut kami kalau berpeluang bermalam di 'hotel 5 bintang'
Korang kalau malas belajar dapat duduk rumah macam ni jelah nanti.... tak larat mama nak panjat tangga dah tua nanti oooooiii...
ya Allah sakit betis aku satu hari 3 kali turun naik tangga masa kami gi sana last 2 weeks, al maklumlah wa dah berkurun tak exercise. Mula-mula turun beli breakfast dengan bos. Actually all the 3 in 1 semua dah bawak tapi cerek aku pulak dah berkarat, takkan nak pinjam kat aci depan rumah kot. Oleh kerana kami keluar awal pagi so kedai elektrik tak buka lagi jadinya kenalah turun balik. Yang kali ketiga buang sampah kot. Arggghhhh..... hari Khamis baru pulih sepenuhnya.
Tapi ada jugak budak-budak pandai ni yang kurang manners:
Kak, i nak duduk rumah u tapi u make sure bla bla bla.............. uikkk memanglah ko lebih pandai daripada aku yang tak habis sekolah nih tapi ..... ishhh maleh den nak cakap. Boleh tak ko cakap gini, kak, could u please ensure that bla bla.......
hmmmm.... tetiba i got idea lah. Anak aku nanti ada rezeki belajar kat universiti aku nak buat style MARA:
U got warna terbang cgpa 3.5 above - free accomodation+allowance+extra allowance.... wahwahwahhhh boleh beli top up banyak-banyak
U got cgpa 3-3.4 - free accomodation+allowance but less 10%
U got cgpa 2-2.9 - free accomodation+allowance but less 30%
and the allowance dikira per semester, boleh?
Moral of the story: korang yang muda-muda tu jangan malas belajar (termasuk anak-anak aku le tu), nanti kena duduk 'hotel 5 bintang' yang takde bell boy and room service sampai ke tua :-)
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.