Shopping di Munduk, Thailand



eh eh bukan aku yang shopping........

Walaupun negeri cik siti wan kembang ni unik dan tersendiri tapi Kelantan selalunya tak termasuk antara tempat-tempat yang ingin aku lawati kembali sebab pasar Siti Khadijah, tempat shopping Rantau Panjang aku dah pernah pergi dan aku tak berminat nak pergi jauh-jauh lepas tu beli barang made in Thailand. Shopping ni sekadar memenuhi itinerary sahaja walau kemana pun aku pergi.... lainlah membawa rombongan, tu dah jadi cerita lain, ikut kehendak oranglah kan. Satu-satunya tempat yang aku teringin nak pergi kat Kelantan tu adalah rumah Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat tapi macam tak bersebab pulak sesajer nak pergi safamili.......... saja nak pergi.... tak boleh? Tak dapat masuk bergambar depan rumah diapun jadilah.

Rumah Perdana Menteri kalau ada open house setahun sekali boleh je pergi kalau sanggup beratur panjang. Setakat ni aku belum sanggup sebab aku dah melihat dia live kat KLIBF last year. Begitu jugak Tun Dr Mahathir, aku pernah berjumpa berhadapan di r&r arah utara beberapa tahun lepas. Cuma yang hampehnya...... kedua-dua moments tak dapat dirakam sebab kamera tinggal kat rumah!

Ok, back to cerita Munduk yang terletak di Pasir Mas, ada la jiran balik raya ke Kelantan minggu lepas cerita barang kat Munduk murah gilosss... jeans Levi's (of course made in Siam) macam yang dijual kat bazaar Ramadhan tu 16 ringgit je. Kat sini start from rm35. Sport shoes made in Vietnam pun murah jugak. Tu belum termasuk tudung.... baju ........bunga....buah..... tapi mengikut pemerhatian akulah t-shirt bebudak kalau yang murah tu kainnya tak bagus, jenis panas. Tu yang aku perhatikan kat Baling dan Betong, Thailand.

Kalau nak ke sana kena naik sampan menyeberang sungai Golok dengan tambang rm1. Alahhh dekat je, dalam 20 meter ke seberang sana. Untung drebar sampan tu kan? Naik prebet sapu dari KP ke rumah mak aku yang jaraknya dalam 5km pun rm2. Pengkalan sebelah sini askar kita jaga yang sebelah sana askar Thailand. No need passport, tak larat imigresen dan askar nak check sorang-sorang wehhh...... beribu orang Malaysia ke sana melontar duit setiap minggu terutama hari Jumaat. Naik sampan pun kat pengkalan tak sah taraf (boleh?) hahahhaaa.......... haram le tu. Naik hujung sikit, kurang peminat. Jangan naik ramai-ramai sangat kak.

Untuk aku pergi ke Kelantan semata-mata nak ke Munduk takkan adolah kan, melainkan aku ada tujuan lain seperti kenduri kahwin ataupun nak ke Pulau Perhentian. Pulau Perhentian best sangat!

Post a Comment

0 Comments