Kitakah pendatang?



Kat KL ....


- ada orang Afrika yang ntah tak tahu apa kerjanya. Itupun ramaiiii awek bangga berboiprenkan mereka ni. Macho ek?

- kat KL dan Klang jugak ramai Indonesian. Now makin merebak ke tempat aku pulak. Sehinggalah 2 tahun kebelakangan ni bukan main ramai lagi foreigners ni berniaga di bulan Ramadhan. Pakistani dah rebut tapak niaga.

- kat area Bukit Bintang spt Low Yat ramai Myanmar

- area Jalan TAR ramai Pakistan jual tudung, karpet. Tinggi, putih, hidung mancung, matta bersinar, hensem.

- kat Petaling Street Phillipino, Indonesia, Bangladesh

Kat Nilai pun bermacam bangsa import........... Vietnam, Nepal, Bangla, Myanmar, Pakistan, India bla..bla...

Tu belum lagi tukang gunting rambut India yang gunting tak senegheh. Sakit jiwo anak den.

Tu belum lagi kita tanya susu kerbau ada? Sudah habis bang, esok ada. Sambil geleng kepala. Takdo orang Malaysia minum susu kobau doh.

Tu belum lagi masuk ke dalam ladang. Setakat ni pekerja ladang yang kat kampung aku tu takde bawak masalah, tak tahulah kampung yang jauh-jauh sikit.

Kekadang aku pulak rasa macam pendatang. Sungguh, pertama sekali time aku tersalah jalan kat hostel pekerja di Nilai. Semua kat luar kereta muka Myanmar dan Vietnam. Muka dan kulit aku je lain.
Kenapa tak ambil pekerja rakyat Malaysia? Dia orang demand? Berapa hengget dia orang demand? Kalau majikan bayar gaji rm500 sebulan mestilah dia orang demand, macam mana nak hidup? Nak bayar sewa rumah lagi... nak makan...nak bayar motor... nak hantar kampung (dapat ke?). Foreigners tu lainlah, employers dah siapkan rumah walaupun share ramai-ramai. Kawan aku yang berniaga ni siap jual kotak-kotak terpakai untuk beli beras perkerja Indonesia harapan dia. Foreigners memanglah rasa gaji 500 tu dah banyak sebab kat negara depa tu kehidupannya lebih susah, ada yang kerja laki bini pun dapat 12 inggit je sehari. Staf local? Pandai-pandai ko lah nak hidup dengan gaji siciput tu.

Majikan pun ada points dia..... katanya local workers suka ponteng. Takkan ramai sangat kot. Kalau datang lambat, ponteng... potonglah gaji. Takpun tetapkan berapa hari sebulan yang boleh ambil medical leave. Kalau dah tiap-tiap bulan sakit tapi nampak sihat je merempit hmmmm......... dushhh!

Aku yakin ramai yang menyokong gaji minimum tapi entah bilalah nak jadi kenyataan. Kalau gaji sikit tapi kerja banyak, kena berdiri seharian, peluh sampai kering, duit tak cukup nak suap anak bini mak bapak....... tu yang makan ayam tapak kasut tu.

Post a Comment

0 Comments