Bandung - Sari Ater Hot Spring Resorts



Oke kita sambung lagi sementara aku tengah rajin ni.

Turun ke ari Tangkuban Perahu kami ambil simpang kiri untuk ke Sari Ater Hot Spring di daerah Ciater sambil menikmati keindahan ladang teh ni. Sebelum ni aku confius gak Sari Ater ke Ciater? ehh...minggu lepas mak aku ada ajak ke Cameron Highlands, eeeiiii......... best nya kalau jadi pi.

Ini masih di daerah utara, kalau nak ke Kawah Putih di daerah selatan.

Then barulah sampai ke tempat yang dihajati. Kita bayar tiket siap insurans, manalah tahu ada yang kena serangan jantung pulak masa berendam air panas. Lama jugak kami di sini dok merendam kaki dalam air sehangat 42c tu. Di sebelah atas ada swimming pool tapi kena bayar asing. Memang syioklah..... semua air panas. 

hahh, kena skodeng

cemolot

Air ni mengalir dari gunung berapi le gamaknya sebab tu lah panas

turun ke sini pulak

seterusnya ke sini.......... . Kat depan sana ada lagi.

Kat sini ada hotel yang sewanya bermula daripada 435k rph semalam. Surau pun ada kat dalam area ni. Sesiapa yang bercuti lama di Bandung highly recommended bermalam di sini. Kawasan ni jauh lebih menarik daripada yang di Baling tu sebab di sini lebih luas dan tak rata jadi takdelah crowded sangat. Lagipun airnya mengalir dan persekitarannya nampak natural.

Mau ka??? Nak biawak ke kelinci?

Late 80s or early 90s dulu sibuk la kita semua nak bela arnab untuk dibuat burger dll. Agaknya pak menteri baru balik dari Indo kot tu yang dicadangkan buat projek kelinci tapi akhirnya senyap je. Arnab kuat makan, sekejap je dah besar. Nak makan arnab? eeiiiii.......macam kucing jer!

Apakah itu ngabuburit? burit aku tau la. Wali band ni boleh je aku layan

Nasi padang lagi....abah den suko.
Yang depan ni pak supir kita, pak Supri. Dari perbualan dari mula tu aku dah agak dia ni bukan sembarangan, pengalaman kerja dan pergaulannnya pasti luas. Rupa-rupanya dulu dia terlibat dalam marketing/sales, tiga bulan baru balik rumah. Sopan tapi cakapnya perlahan- volume rendah.

Kami naik Avanza je. FIY avanza/xenia/apv sama rate. Kalau sanggup drive sendiri sewanya 250k saja untuk 12 jam sekitar Bandung. My 2 cents advice, kalau setakat nak pi shopping kat Pasar baru yang ko masuk pagi dan keluar bila nak senja lebih baik naik teksi Bluebird 02 27561234 atau Gemah Ripah 02 24217070. Takpun naik becak. Ojek takde di sini.

Post a Comment

0 Comments