Bandung Revisited



Assalamualaikum.

Ya Allah seksa betul nak upload gambar, dari siang bawak ke malam berejam nak upload 5 keping punnnn....berukband sungguh!

Kalau ikutkan my personal travel plan i don't want to visit the same place twice selagi tak habis yang dalam wish list but this time i jadi guide to some peoples. Nak jalan-jalan sambil shopping raya katanya since dapat tambang murah bulan April hari tu. But going to Bandung ni memang tak menjemukan asalkan tak mengulang ke FO dan Pasar Baru tu aje..... pada aku lah. Ramai orang ke Bandung niatnya memang nak melontar duit hehehheehe...... Dengan suhu yang nyaman sekitar 20-25c selesa je nak berjalan-jalan dan shopping. Nak makan pun senang.

Dari bandara kami terus ke tempat shopping . Owh di bandara masa nak amik teksi aku saja2 la tanya kat pakcik tu rental van untuk 1 hari walhal aku dah pun booking. Dah kita ni ghoman pelancong....600k rph buk... dah agak dah, mesti nak kono cokik. Nak ke tempat di bawah ni pun drebar tu dok mengomel macet walhal kita kena charge sampai 55k. Pakcik kat airport tu siap cadangkan kami check-in kat hotel dulu then keluar tapi tak koso la den nak ikut cakap dio doh.... beg kami bukan berat pun. Time-time ginilah aku dok teringat kat Bali, rata-rata semua caj sewa van 350k rph, 300k rph pun ada.
1st sekali kita gi Cibaduyut, pusat barangan kulit. Oleh kerana sebelum ni aku tak ke sini jadi teruja sungguh melihat banyakkkknya kasut dan beg. Tu sandal yang aku dok try tu.... sangatlah berbaloi kalau nak dijadikan souvenir yang penting tahu saiz sebenar. Kalau aku kirim kat orang soheh tak muat sebab aku akan kirim saiz 36 sedangkan kat sini aku muat saiz 38. Daripada dok beli key chain cer tukar dengan sandal lak, kulit tu.... bhgn talinyalah.

Then kami ke FO Jalan Riau naik teksi jugak. Ternampaklah diantaranya yang di bawah ini.
Tempat buat rumah Barbie. Kecik je tempatnya. Yang dah siap tu bila masuk ke shopping mall or butik barbie sure harganya melambung. Anak aku dah besar kalau tak mau memunggah jugak.

Kutip derma

Mencuba segala jenis bau. Nampak tak arrow tu? Cousin aku ada parfume bosa degabak cenggitu....tak tau brand apa, aku panggil perfume bacang sebab bulat besar buah bacang. Bau pun kuat macam bacang heheheh... marah dia kang.

Sebelum ke Oasis ni kami gi makan dulu di restoran dekat dengan FO Secret. Aku rasa di situlah kami mendapat cherry berry sebab sebelah malam aku dah tak makan apa-apa lagi. Mungkin sebab ada bahan yang perut kita tak boleh terima, tak semestinya penyediaan makanan tu tak bersih. Lagi satu, kalau ke Indo lebih baik minum minuman panas. Aku dan my roomate ok je lepas makan ubat yang kesiannya adik akulah sampai demam. Naya betul.

Pilih je brand apa yang u nak. Ada botol 45k, 60k dan besar sikit lagi ntah berapa ntah. Kalau bawak botol sendiri kuranglah harganya. Aku cari Beautiful by Cristian Dior tapi takde pulak. Selain di sini ada jugak di tempat lain macam dekat Hotel Rinjani, menyusur jalan selepas Paskal Hyper Sqr pun ada.

Apalah nasib anak ni bila besar nanti ye? Kecik-kecik dah mengemis. kat Bali susah nak jumpa tau.... ahhhh Bali lagi, rindu.

 Menurut orang disini di zaman pemerintahan saudara Susilo Bambang Yudhoyono ni semua anak-anak berumur di bawah 12 tahun diwajibkan bersekolah dan ditanggung sepenuhnya oleh pemerintah; yang mana tidak pernah dibuat oleh pemerintah sebelum ni. Baguslah tu...  Mesir yang miskin tu pun boleh bagi free education to foreign students.

Sekarang ni pun orang Indo hanya digalakkan untuk beranak 2 kali jek, dah 230 juta rakyatnya, jalan-jalan kat Bandung ni tak pernah lengang dek ramainya manusia. Kalau kita rasa KL tu sesak kat bandar-bandar utama di Indonesia laaagiiiiii la sesak tapi susah nak jumpa kemalangan. Sesiapa yang tak pernah ke sini upahlah supir sebab singboard tak banyak macam tempat kita lagipun best wooo ada supir sendiri... rasa macam bos besar pulak. Dengan cara pemanduan yang bahaya tapi macam best jugak la.... apa taknya, siap boleh u-turn kat tengah jalan yang sibuk! Ko boleh? hahhahah......... Tu belum lagi memotong kat selekoh, aku ni dok tekan brek kosong je lah. Masa nak melintas jalan makcik aku kata kocut poghut den!

Then barulah kita pergi ke hotel, alaaa.... yang dulu jek. Masa aku booking hari tu staff tu boleh ingat lagi kat aku padahal dah setahun dah. Kali ni aku amik katil twin, boleh lah tapi aku tak check yang toilet nya tak boleh digunakan sebab lepas letak beg je kami keluar balik pergi Paskal Hyper- ada FO Blossom kat situ. Dah tengah malam badan pun dah letih tak kuasa la pulak aku nak memanggil staf tu so aku gi common bathroom kat 1st floor, takpun aku gi kat bilik adik aku. Tak ramai pun time tu... backpackers yang ada pun semua omputeh sonyap yo lah. Kalau bawak cik kiah takleh sewa sini, tanggal cuping telinga aku kena bebel nanti huhuhuhu...... nasib baik omak den tak ikut.


 


Post a Comment

0 Comments