Bandung- ke pasar kaget @ gasibu



Hotel yang kami sewa ni beberapa ratus meter dari bekas kawasan saritem yang wujud sejak kurun ke-19 tapi saritem dah officially closed on April 18th 2007. Atas kertasnya dah tutuplah tapi pekerjaan tertua tu kat Mesir pun ada. Di kawasan perkampungan itu pun dah didirikan pesantren yang diyakini untuk mengubah keadaan dan imej kawasan tersebut. Kat situ siap bertanda 'rumah keluarga' lagi supaya orang tak tersalah sangka. Kat pintu masuk kawasan ni ada balai polis. Aku dah ceritakan dulu kalau nak tau kisah dulu pi kat search button nun. Ko bayangkanlah Indonesia yang agama rasminya Islam boleh letak signboard saritem siap gambar (sebelum saritem ditutup), kat Amsterdam pun belum tentu jumpa macam tu. Maju ke depan. Syukur alhamdulillah dah berubah.
Sebelah kiri ialah Kings Garden Hotel, ke kiri lagi Hotel Trio. Kalau ke kanan Paskal Hyper Sq- jalan lagi boleh sampai Mutiara Hotel, Hotel Unik.

This time aku sendiri yang prepare the itinerary so memang packed. Bukan senang nak mai sini kan so jangan buang banyak masa nak terjah kesemua FO tu.... semput nanti. Oleh kerana kita hire driver hari ni so ekau bawaklah ke mano den nak poie yo........jangan ngelat pulak. Kalau nasib kita kurang baik kekadang kita boleh dapat driver yang akan bagi alasan kalau kita nak pergi ke sesuatu tempat. Tak ke frust tu? Kalau alasan dia logik ampun lagik.

Kami bercadang nak ke Gedung Sate sebelum ke Pasar Kosambi.


Di pagi Ahad ni ada kempen berbasikal agaknya tapi lupa dah aku nama kawasan tu. Semua orang naik basikallah kat sini.


AA ads strategically located, sebagai penghadang jalan. Merah mengancam.

Oppsss... ada baca fasal Mas & AA swap shares tak? Very verrryyyy interesting kan? Menariknya macam cerita bank kecik makan bank besar. Indirect bail out? AA bayar from his own pocket and Khazanah from ........... Who will win? Tony lah, both morally and kuasa. Cuba korang tengok senyuman siapa paling lebar di newspaper. Ontah lah jang....


Ini Gedung Sate yang menempatkan pejabat gabenor. Bangunan yang bercirikan Indo-Eropah yang mula dibina pada tahun 1920. Rupa-rupanya yang buat namanya jadi sate sebab ada 'sate' yang tercacak kat atas bumbung tu.
 
Kalau nak ambil gambar macam kat atas tu sila panjat pagar ye. Kami tak jadi ke Pasar Kosambi sebab pasar kaget di gasibu ni lebih besar kata pak supir. So menjelajahlah kami asing-asing dengan peruntukkan masa 1 1/2 jam terlajak sampai 2 jam. Itupun tak cukup, tak habis cover. Berbaloilah beli barang kat sini macam-macam ada kecuali kain pasang dan telekung. Adik aku beli jaket 40k je....... mana nak dapat kat Malaysia yang ooooiiiiiiiii. Kat Indo jugak takdenya motorist pakai jaket terbalik macam kat tempat kita.
 

Tahun ni adalah tahun Naruto, samurai dah kena simpan. Tauke tu tak bagi kurang sekupang pun so aku tak belilah, dah lah nak kena beli sampai 4 ketul.

Ada beberapa orang menjual buku terpakai. Tercapailah hajat aku dulu..... tak dapat ke Jl Padjajaran pun ok dah buat kali ni. Aku berkenan dan beli Hari-hari Akhir F. Marcos. Tahu tak sapa dia? Alaaa....... yang bini dia ada beribu pasang kasut tu. Hangpa kalu pi Filipines jangan lupa tempah kasut kat sana. Marcos ni ada lagi tau, bini dia dok awet tak bagi simpan.

Selain kelinci dan hamster ular ni pun untuk dijual jugak. erkkkk........ geli aku lalu kat sebelah

Geram sungguh aku nengoknya tapi tak boleh bawa pulang........ karang kena caj Akta Senjata Api pulak aku

A unique souvenir.............. aku tak beli sebab aku takut anak aku test kat tangan dia pulak, haru. Nampak tak kaki baby kat atas tu? anu pun ada

Alahai kereta siput ................ bila nak sampai? Sungguh kreatif mereka ni. Selain kereta siput ni ada jugak cengkerang yang diwarnakan macam kat Bali tu.

Monyet bijak ke tuan dia bijak? Monyet tu pakai sendiri wig dia. Banyak aksi dia buat siap dengan live music lagi. Nampak sejadah tu? Ada masa dia solat. Lepas tu hulurlah uang kat dia.

I see someone........... mana... mana? Cer tengok arrow tu. Jom ikut ke mana dia pergi.

Kotak apakah itu? Jom follow!

Ke mana dia nak pergi ni.................. dah macam paparazi lak aku nih. Akak tu jalan tak seksilah.

Hukaloh! bergelek ghupenye .......... hahahhaha!!! Akak, kalu mu mengandam lagi baik lah.
Yang aku jumpa dulu lagi seksi gilos... ermmm.....vulgar actually, sampai gempar kawasan tu dengan pekik sorak.













Post a Comment

0 Comments