Think about others too pls



Abang kakak setuju tak dengan aku kalau aku kata la ni zaman senang dan mewah bagi anak-anak. Budak-budak sekolah pun dok berkepit dengan hp, ipad, ipod, blackberry, laptop, mp4 bla bla bla yang aku pun tak kenal gadget ntah apa. Itu tak termasuk lagi student 1st  sem yang dah ada kete. Kayo lah mak pak dia orang nih...... Aku guna hp buruk je asalkan boleh call, boleh send/receive msg udah le. Itu je pun keperluan utama aku.

Time nafsu makan ko meluap-luap then kat restoran yang ada wi fi tu penuh dengan youngsters mengadap laptop masing-masing what would u feel? Okaylah, dia tak bawak lappy but dengan blekberi dan air secawan dok melepak kat situ berjam-jam sampai kita nak duduk pun tak boleh ko geram tak? Ada pulak yang kata depa buat group discussion kat situ. Huk alohh....... bincang apakebendenya lama-lama kat tempat makan public.... kekadang tengah malam pulak tu.... takde tempat lain ke? Kat rumah tak boleh? Kat uni takde tempat khas untuk bincang 24 jam ke? Jangan tipu ek. Kat asrama sekolah menengah pun ada 24 hrs room ni.

Kat kenduri kahwin pun sama. Aku cerita sebab dah terkena, not once and not only us. Baru-baru ni aku gi kenduri. Biasalah kita datang time yang digazet untuk makan. Karang datang lewat habis pulak hidangan, datang awal tak boleh sebab dah ditulis kat kad jemputan time makan starts at 12. While pengantin bersanding diiringi pulak dengan tari-menari kat pentas dewan nun para jemputan berbaris panjang nak ambil makanan. Meja makan pun penuh jugak tapi ada yang dah selesai makan sekeluarga/bersama pasangan.

Apa perasaan korang ek kalau dah makan tapi masih duduk di situ sedangkan ada tetamu lain berdiri dengan pinggan nasi dan anak di sebelah? My hubby selalu ingatkan aku suruh makan cepat-cepat sebab orang lain nak makan. Even my anaks pun sama. How about u?

Mak ayah and anak-anak aku yang besar dapat duduk, tu pun ada yang share kerusi. Kami berdiri kat satu meja ni depa buat dek je. Tunggu 5 minit tak bangun jugak kami ke meja lain. Sama jugak. Boleh pandang and buat donno. Tapi aku baik tak mencarut. Then kami berdiri kat meja lain pulak. Mamat tu boleh jeling then terus nonggok kek situ......... eeiiiiiii. I'm sure dia duduk dengan awek bukan bini. Lain ler boleh beza. Makan kat kenduri bukan macam makan kat restoran......... bertimbang-rasalah sikit kat orang lain. Sedangkan kat restoran pun orang bengang (buat homework/assignment kat restoran?) inikan pulak ..................

Aku pun dah geram dengan orang kita ni tua muda sama je so lepas aku pandang kat mamat tu then dengan muka manis macam reservation staff at 5 star hotel (ko tengok aku kat atas tu dan bayangkan aku tersenyum manis siap eye contact lagik- tak la semanis Lisa Surihani), aku pun cakap cik, boleh saya duduk kat sini? Dia pandang dia, dia pandang dia depa pun bangun. Bengkek kot. Biaq pi la..... akai takdak. Alaa... kalau setakat nak tengok pengantin dan orang beronggeng kat pentas nun berdiri je lah sekejap kat tepi..... bukannya depa nak bersanding sampai sejam....... tak patah pun tumit kasut tu.

Kajian dah dibuat, lelaki Malaysia ni dikatakan agak romantik (ye ke? bukan laki aku la tu) tapi tak gentleman so kalau dalam LRT/komuter/bas ada pasangan dok berkepit tak peduli orang keliling termasuk yang tua dan mengandung, ko cakap je baik-baik, boleh bagi akak yang pregnant tu duduk kat sini? Insyallah dia akan bangun. Kalau nasib baik dua-dua sekali bangun. Takkan dia nak tunjuk kat awek yang dia tu tak gentleman kot? Yang awek pulak mesti nak show show sanggup susah senang bersama. Lainlah kalau jenis tak tau malu.

Sorry, emo.

Post a Comment

0 Comments