Ewww....cerita halal haram lagi!
Ramai yang cadangkan kita letak logo haram or non-halal kepada food outlet/makanan siap sebab Malaysia negara Islam. Logiknya begitulah. Dah majoriti orang Islam sepatutnya yang haram tu sajalah diberitahu tak gitu? Ada orang pulak suruh paksa peniaga-peniaga tu aplly for logo halal from Jakim. Yes, aku bersetuju hanya Jakim Malaysia sahaja yang mengeluarkan logo halal untuk mengawal kualiti dan ketepatan ujian, bukan Jakim Perak, Jakim NS, pihak swasta. U know why....
Halal jugak bukan setakat binatang yang akan masuk ke dalam perut kita tu binatang yang halal dimakan tetapi jugak disembelih dengan nama Allah, penyembelihnya beragama Islam dan tak ada bahan-bahan yang memudaratkan dalam makanan tersebut. Jangan dok kira babi je haram... ada orang makan anjing, biawak, ular, katak dll. Aku ingat lagi aku pernah test officemate aku,
G, kalau babi orang Islam sembelih boleh makan tak?
Mesti boleh maa.... sudah sembelih
Itu pemahaman dia. Dia ingat asal sembelih je kira halal, boleh buat rendang raya.
Kenapa kita nak suruh orang keluar duit menambahkan overhead cost syarikat dia untuk apply sijil halal? Kenapa kita nak suruh staf Jakim buat overtime check setiap makanan kesukaan nafsu kita?
Ko ingat dia takde anak bini ke nak dibelek? Ko ingat dia tak payah check buku sekolah anak dia ke? Ko ingat test result boleh keluar jam jam tu jugak? Dah kerja dia......... sonang yo ekau jawab kan? Overtime dia dibayar oleh taxpayers tau. Aku semestinyalah tak bayar tax but laki mak bayar nyah, begitu jugak makcik pakcik sedara-mara aku... and you too maybe. Lepas tu nak menyalahkan gomen pulak tak tegas. Menteri pun sibuk nak pilihanraya nih, nak bawak bini shopping kat obersi lagi... tak larat doh nak menjaga setiap produk.
Why don't u and me ...yes U and me, do our part? Kalau takda sijil halal toksah makan kat situ. Kedai mak long kat food court tu tak sedap ke? Restoran Amat tu tak ok ke? Ni tak, semua nak suruh orang cari jawapan untuk kita. Forget about trend lah. Berjuta orang Islam kat Malaysia ni, boleh bungkus bisnes tau kalau kita tak menempek kat kedai depa. Kalau ko tanya kat waiter/ess yang kerja kat restoran tu makanan depa halal ke tak kadang-kadang depa jawab, ramai orang Melayu sini jugak makan. Kita pun sama-sama join menyuap. Sebab? Ramai orang Melayu makan kat situ. Orang Melayu pasca merdeka ni semua Islam ke? Dan Melayu Islam tu pulak semua memberatkan agama ke?
Tahukah kita apa hikmahnya binatang disembelih dari segi sains kesihatannya? Terutama secara konvensional macam kat kampung tu... ikat kaki ayam then zappppp!!......... malaikat maut pun sampai. Tak dan ayam tu nak jawab soalan maa rabbukaa..... dah kena gulai.
Aku ingat lagi dulu masa UN ivaded Iraq fast food giant yang ada kat middle east terpaksa buat kempen promosi besar-besaran sebab diboikot senyap-senyap. Boikotnya senyap tapi kesannya sangat hebat. Tak macam kita nak boikot pun hingar-bingar masuk otosan, b hairan, rtm, tb3. Lepas tu ada la yang akan kata tak sesuai buat kat sini lah.... rakyat Malaysia pegang lesen franchise lah.... bising. Setiap orang buat je le. Be sensitive dengan hal halal haram nih. I'm talking about boikot bukannya boikot fast food tu. Dah restaurant owner tu tak kisah tentang serving halal food to muslims yang ekau nak poi mendodah kek situ laie buek apo? They don't care about us so why la u masih nak repeat ke situ?
Ada orang kata kedai Melayu/Islam pun belum tentu halal sebab punca bahan basahnya tak tahu dari mana. Betul jugak tu. Kadang-kadang orang kita ni janji beli kat kedai Melayu terus yakin halal tapi takkan semua benda nak was-was kot? Lotih la camtu....kurus macam Kate Moss lah aku nanti. Kalau restoran tu pemiliknya non-muslim, pekerjanya pulak vietnam, myanmar... walaupun diwar-warkan halal, adakah ko yakin? Mungkin takde benda-benda yang meragukan but again ko rasa pemahaman tentang makanan halal dia macam mana pulak? Pork free belum tentu halal ya.
Untuk makanan siap dalam tin atau seumpamanya kalau ada logo halal Jakim or Australian Islamic Council or mana-mana negara yang ramai umat Islam aku yakinkan hati aku. Kalau halal dari South East Asia atau dari Zimbabwe, Nigeria, Korea sangattt kurang yakin. Carilah substitute. Halal kena diletakkan didepan sedap.
Suka makan bawang goreng? Laki mak tak makan nyah kalau yang dalam peket tu. Cuba hang dedahkan 1/2 jam, bawang tu masih elok molek keras lagi. Mungkin digoreng dengan plastik. Begitu jugak pisang goreng. Anak aku nampak orang tu leburkan straw dalam minyak panas. Keji.
Halal bukan setakat makan minum je, punca rezeki kena amik berat gak, begitu jugak simpanan, pelaburan dan loan. Ini tak, bab makan minum bukan main bengkeng kena tang duit tak mau berubah. Punyalah banyak islamic products kat Malaysia ni sampaikan di bank konvensional pun ada islamic windows. Mr Hong Leong, Mr Hongkong pun mintak lesen islamic bank, why? Do you think they really care about us? Noooo................. bisnes beb, demand tinggi kat islamic product walaupun masih ada kelemahan di sana sini. Cuba banding sistem ar-rahnu dengan pajak gadai Soi Lek. Even takaful pun bermula di sini sampai pak arab nak belajar dari kita. Boleh pulak kata darurat/sama jer. Hek ko. Pi baca kat sini.
Hukum demand and supply ni terpakai dalam banyak perkara. Contohnya dalam satu kilang yang ada 100 pekerja and 80% of the workers adalah muslim. Kalau kesemua or 90% from 80% itu tadi komplen takda tempat sembahyang dan mereka terpaksa solat tepi mesin ke.. tepi dinding ke... bentang tikar sana sini..... kan semak tu.... takkan majikan dia buat donno je. Kalau yang kerja dalam pejabat lainlah. Kena surprise check dengan pejabat buruh kang.... So kalau peniaga yang target muslims sebagai consumer dia tapi buat endah tak endah je tentang penyediaan makanan halal ni kita pakat-pakat toksah pergi. Sure one day dia akan berubah dan lebih teliti. Tengok kopi Kluang Railway tu..... 70% sales drop beb!
Percayalah, yang halal itu baik untuk semua.
1 Comments
Saya sangat setuju. Yang sebenarnya kami dah lama amalkan macam tu. Kalau nak pi bercuti, pilih hotel yang ada sijil halal jakim sahaja.
ReplyDeleteAlasan 'ramai melayu makan kat sini' dah selalu sangat kita dengar. Harap-harap melayu yang jadi pemula makan di tempat tak halal tu sedar dirilah kan. Takut nanti tanggung dosa orang yang ikut sama makan kat situ.
Feel free to leave your comment below. Thank you.