Medan- Final part



Dah habis rasanya cerita Medan nih. Dalam final part ni kesimpulan yang boleh aku buat:


Medan cantik di luar kotanya. Danau Toba, air terjun Si Piso Piso, Berastagi - wajib pergi. Perjalanan dari 1 tempat ke 1 tempat agak jauh jadi kalau bercuti 4 days dapatlah pergi banyak tempat. Di Berastagi je ada beberapa tempat yang menarik.

Oleh kerana aku bukan kaki shopping i might give a bias opinion, Medan tak best untuk shopping. Kain cotton dan telekung lebih murah dan banyak pilihan di Bandung dan Jakarta. Kalaupun murah di sini aku takkan beli lagi, cukup-cukuplah tu. Yang banyak di sini ialah kain lace dan batik Indonesia. Bila masa pulak aku nak pakai kain baju lace nih? Takkan nak gi kojo amik gambar pakai baju lace kot.......... tenggelam pulak pengantin nanti.

Comforter set murah. Kat JJ rege 200++ kat sini baru 120 dengan kualiti yang sama tapi brand of course tak sama. Kat JJ mustilah nama omputeh.

Makanan banyak pilihan. Aku tak sempat nak try semua sebab anak aku tak mau makan nasi di malam hari. Daripada aku yang terpaksa menghabiskan macam DBKL lebih baik tak usah. Aku kan on diettt........ konon.

Aku tak nampak la budak sekolah yang obes. Anak-anak kita terlebih makan gamaknya. Ramai kaum Batak yang berjaya dalam hidup seperti jadi loyar.

Orang Medan ramai yang boleh berbahasa Melayu macam kita. Selain dekat dengan Penang agaknya sebab raaamaiiiiii orang Malaysia berbelanja di sana. Di Pajak Ikan tak rasa sangat berada di Indonesia sebab ramai yang boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Orang Medan sama seperti di negeri lain ramah dan mudah mesra cuma yang geram tu yang dok mengejar kita jual barang. Kalau kita yang dewasa ni senang je tepis tapi kalau dok hulur mainan kat anak aku.......... hishhhhh. Dah tu letak harga bukan-bukan, ishh..

Try apam balik coklat cip -sedap. Try jugak murtabak mesir, bakso dan lain-lain. Di kota Medan ramai muslim so mencari makanan halal bukan masalah.

Rempeyek penuh dengan kacang

Pemerintah Indonesia dengan rakyatnya sama-sama mempertahankan bahasa Indonesia. Penggunaannya sangat meluas bermula dengan nama individu, walaupun berbangsa Cina mereka tetap ada nama Indonesia. Contohnya macam player badminton dan businessman mereka yang terkenal. Banner, buntings, signboard.......... Kat Malaysia ada yang nak ditulis keturunan bangsa Malaysia tapi bahasa Melayu tak nak, boleh ke? Akhirnya Bahasa Melayu akan jadi macam tulisan jawi..... hapus, lupus, lenyap.


Jalanraya di luar kota Medan kecil jadi kalau kemalangan ko bayangkanlah dia punya macet. Disesetengah tempat saiz jalannya macam dari entrance Kinabalu Park ke Timpohon Gate, kocik. Jangan terlepas kapal terbang sudah. Pandai-pandailah adjust time.

Bulan Julai bulan libur, kalau nak ke Indonesia dengan anak-anak elok book hotel lebih awal. Hotel Semarak milik Malaysian.

Travel light but bring extra beg terutama jika shopping adalah terapi yang terbaik buat anda :-))). Kalau tak cukup baju beli je kat sana. Selalunya aku tak check-in luggage time pergi, time balik pun kengkadang jer. Budget traveller.... isk :-( . Kami banyak berbelanja untuk untuk bayar entrance sana-sini, makan, transport, guide.

Kepada yang muslim, kalau berjalan sendiri try masukkan solat di masjid utama dalam itinerary. Tak dapat join berjemaah pun tak apa. Aku mengingatkan diri aku jugak ni.

Apa lagi ek? Macam dah watammat tapi kalo nak tanya apa-apa ko tanya je lah ye. Aku akan jawab setakat pengetahuan aku yang tak seberapa ni.





Post a Comment

1 Comments

  1. salam
    sangat menarik
    dari 1 day sampai last part zana mengikuti citer pasal medan nie..

    good info
    btw..boleh kongsi contact no si supir tu tak...
    bulan 5 nie insya allah akan ke sana

    do email me at : zana.nordin82@yahoo.com

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.