Tahun ni aku agak kerap berjalan. Ada jugak yang bertanya asik ke Indon jer........ bila nak pergi Australia? Jomla ke Paris pulak...... huhuhuhuuuu..........duit yang kukumpul singgit sehari tu cuma memampukan aku ke kawasan terdekat je. Kalau aku lepas ke Europe tahun ni dah tentu menu ikan tenggiri dah bertukar jadi ikan keli muahahhaha.............. Apo nak buek, dulu suruh sekolah maleh.
In early years of married life, kami tak berjalan ke mana-mana. Masa tu arwah bapak mertua selalu sakit so kami bertiga beranak dok mengulang ke kampung halaman jek. Kiranya anak sulung aku membesar dalam kereta berulang-alik ke sana. Dah rezeki husband aku, di pengakhiran hayat ayahnya dia dapat berada di sampingnya sedangkan kami duduk jauh di selatan ni. Kalau tak ada rezeki duduk serumah pun tak dapat bersama-sama kan?
Selepas itu barulah kami mula berjalan-jalan setahun sekali atau paling kerap 2 kali. Itupun sambil melancong terus balik kampung. Kalau dah terus balik kampung kami ke Langkawi lah tu. Owh... dulu aku setiap tahun dapat voucher discount menginap di Holiday Villa Langkawi/Cherating so kita tukar-tukar lokasi setiap tahun. HV Langkawi syoklah sebab beralamat di Pantai Cenang dan Langkawi tu sendiri adalah suatu tempat yang aku suka untuk bersantai. HV Cherating just for suasana pantai. Aku rasa tak ada apa yang lebih menarik daripada tu di sana so siangnya kami akan ke Kuala Terengganu makan kupok lekor. Dah 2 tahun tak dapat voucher tu mengapa ek?
Selain daripada tu pernah jugak ke beberapa tempat lagi dalam Malaysia ni tapi belum pernah sampai ke Johor ....... selalunya dok mengulang yang dua di atas tu je lah. Water park ada jugak pergi atas tiket company's Family Day, nak harapkan mak bapaknya takdolah aku nak melepak kat tempat panas tu...... Now dah ada USS bolehlah berangan-angan sampai Johor pulak. Ada beberapa kali aku plan dengan bos pergi Kluang naik train sebab nak rasa kopi Kluang tapi tak pernah menjadi, ada je penghalang- takde masa, takde mood, takde orang jaga anak ........ rupa-rupanya ada hikmah yang kita tak tahu. Aku anggap itu rezeki, rahmat Allah mengelak daripada terjebak dengan perkara-perkara haram dan syubhah. Rezeki bukan sekadar duit dan harta-benda. Lagi satu tempat yang aku teringin bangat nak pergi ialah Tasik Kenyir. Nak pergi ramai-ramai nih kena pikior banyak bende.
Nak tau, last aku pergi Cameron highland masa umur aku 14/15 and Genting Highland somewhere in 1994. Bapak lama....... Kedua-dua tempat tu kalau kita pergi balik hari memang tak best, kena tidur sana barulah dapat menikmati suasana tempat tu. Ketidaksampaian aku ke sana sejak sekian lama membuatkan aku tak pernah bagi komen tentang dua tempat tu dalam blog buruk aku nih. Sedihhhh................ nak naik bas takut pulak asik tergolek je. Memanglah kat jalanraya biasa pun ada kemalangan bas tapi kat atas gunung lagi la high risk. Kesian kat anak-anak (kesian jugak kat aku isk).......... Kalau local tour ni payah sikit sebab pengelola dan pemandu bukan aku. Ko faham-faham je la ye hehehehehhh ........... Dia kata nak berjalan jauh bukan main lagi lepas tu semua pakat tidur dalam kete.... hahahhah..... apa yang nak dipandang kat highway tu bang?
So adik kakak, dah lopeh ke mano cuti sekolah ni? Wa pun nak jalan jugak dengan anak-anak ..... dekat je 50 minit dah sampai. Mudah-mudah selamat..............
2 Comments
duo kali akak camping kek PD cuti ni..best sangat2..ado dlm 20 khemah.aktiviti kayak paling best.hehe
ReplyDeletesaya teringin nak camping jugak but hv to wait sampai anak yg kecik ni besar sikit (jgn klr yg kecik lagi sudahhh....). La ni dialah raja, tak faham arahan
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.