Osama dah mati katanya...



Ramai yang bergembira hari ni sebab katanya Osama ben Laden dah meninggal dunia. Aku pun tak sure nak percaya ke tak sebab dulu Nordin Mat Top 'mati dua kali'. News yang kita dapat ni semuanya dari satu pihak aje so bias mesti ada. Lagipun selama ni dah disumbatkan dalam telinga kita dia tu pengganas..... orang Islam pengganas..... berjanggut ganas..... eee macamlah orang Islam ni takde kerja lain nak mengganas je. Aku rasa kita sedekahkan Al Fatihah ajelah tak kisah dia hidup ataupun mati sebab dia Muslim.

Lepas ni orang putih tu pulaklah yang ketakutan. Siaplah nanti ada peraturan baru kat airport ataupun nak masuk negara dia orang. Korang yang berjanggut baik cukur siap-siap sebelum masuk negara Uncle Sam tu. Dia orang tu kan takut bayang-bayang sendiri, bila bercakap dengan pegawai imigresen kat sana mata tu jangan meliar ke lain macam takut-takut, karang kot kena interview sampai berejam. Silap-silap kang kena vogel pulak kat bilik tu....eeeiiiii !

Moralnya:
 Orang Islam kalau kuat dan bersatu akan ditakuti oleh al kafirun. Orang Islam kalau mencari yang halal semua pengeluar produk dan perkhidmatan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan yang halal sebab penduduk Islam berbillion orang di dunia ini. Orang Islam kalau mempertahankan solatnya insyaalllah akan disediakan ruang solat di tempat kerja. Orang Islam kalau tak 'terlalu berani' berpakaian orang kafir pun malu nak menyeksi. Orang Islam kalau tak banyak berpolitik kehidupan akan lebih baik. Orang Islam kalau tak tengok video seks budak-budak mungkin tak kena rogol.

Post a Comment

0 Comments