Cikgu kena check BMI pulak dah



Sebelum aku menulis lebih panjang lagi aku nak minta maaf siap-siap kat sesiapa yang mungkin akan terasa dengan apa yang akan dibaca di sini. Ini semua adalah pendapat peribadi aku dan beberapa orang kenalan.

Aku ada jugak baca komplen dari cikgu-cikgi tentang apa yang dikatakan banyak membuat kerja yang bukan hakiki iaitu mengajar. Suratkhabar yang rajin melayan luahan para guru ni selalunya BH. Macam-macamlah luahan hatinya..... some memang betul, patutpun dia orang tulis dalam ruangan pembaca tu sebab takde pihak yang nak amik pot dengan masalah mereka. Thats the last resort i believe supaya semua orang tahu dan memahaminya. Ramai cikgu stress... ada anak murid nakal tapi tak boleh dijentik, abih camno?

Tapi kadang-kadang aku rasa permintaan dia orang macam over ler pulak. Contohnya lah kan: dia orang komplen kena berada di sekolah sampai petang, anak sendiri tak terurus. Dengan scale gaji yang sama atau kurang ramai orang yang bekerja hingga lewat petang demi sesuap nasi. Depa kerja je macam biasa.... dah nak duit kena buat macam tu. Rumahtangga dan anak-anak tetap boleh diurus macam biasa sama ada hantar kepada baby sitter, nursery atau ada orang gaji. Orang yang masuk kerja pukul 8 pagi di KL kena bangun sebelum subuh, uruskan anak ke sekolah then bersiap pulak ke tempat kerja menghadap jamm yang tak pernah sudah. So, apa bezanya?

Then govt sediakan kuarters untuk cikgu-cikgu untuk mengurangkan beban mencari dan menyewa rumah terutama di bandar-bandar besar. Lepas tu ada komplen rumah orang lain dapat perabut, rumah dia takde. Laaa.........apa nak susah beli je almari plastik macam aku dulu..... tak cukup 1 beli 2, nak pindah pun senang. Bila aku tanya pendapat cikgu veteran dia kata, "huh, saya dulu duduk bujang satu rumah 9 orang. Bila malam penuh ruang tamu dengan kelambu. Boleh je hidup dan mengajar". Ye.... dulu barang murah tapi gaji pun tak tinggi mana. Aku setuju dengan cikgu veteran ni.

Ada komplen cikgu yang aku sokong seperti cikgu kena datang sekolah hari Sabtu. Selalunya tak produktif lansung hari Sabtu tu lebih baik duduk rumah bergolek dengan anak-anak. Kadang-kadang nak buat mesyuaratlah....latihan sukan lah.... Dari pengalaman kerja aku yang sikit ni -aku rasa orang lain pun sama- mesyuarat tu kalau dibuat sungguh-sungguh maksudnya ketepatan masa dijaga, isi yang nak diperbincangkan dah tahu, takda melalut cerita hal lain..... boleh aje diselesaikan dalam dua jam pada hari persekolahan biasa so cikgu akan happy dapat cuti dua hari macam pekerja-perja lain. Takkan hari-hari dan setiap minggu nak mesyuarat kot? Macam aku dulu kena attend 5 jam kelas pemanduan sebelum ambil lesen memandu, aku rasa kelas tu boleh dibuat dalam masa 3-4 jam aje. Punya la bosan aku duduk dalam kelas tu...dok fikir bila nak sudah ni? Ada yang bagi ceramah slow....lotih acik!

Bila Menteri Kesihatan suruh cikgu check BMI anak murid aku sendiri kata ntah apa-apa lah idea dia orang ni. Kot iye pun nak nampak buat kerja kenapa tak suruh nurse yang under kementerian dia aje yang check. Dulu masa ada penyakit apa entah yang melanda cikgu jugak disuruh periksa murid. Kalau dah 1 kelas sampai 45 orang bila masa pulak nak mengajar? Dia tahu ke ada 1500-2000 orang murid dalam satu sekolah sekarang ni?

Anak-anak tu tanggungjawab siapa sebenarnya? Kalau anak-anak kita obes dan berisiko dihinggapi penyakit cikgu jugak ke yang kena tanggung 'sektor hilirannya'? Nasihatkan je lah mak ayahnya bawa anak-anak ke klinik. Guru-guru kan hanya ibu bapa kedua....there are not babysitter.


Post a Comment

0 Comments