Site visit kedai buku



Bila ke JJ aku suka masuk MPH ataupun Popular.... kalau tak membeli pun saja-saja baca majalah hiburan free. Alaa... dalam majalah hiburan tu a few pages yang kat depan tu je artis ngetop yang lain-lain kadang-kadang aku tak kenal. Ye la kan aku ni bukannya budak 20an lagi.... budak lanjut usia dah ni. Search, Ella, Sheila Majid, Ning, Raihan ..... umur-umur gitu kenallah.

Kat Malaysia ni buku berbungkus, bukan main payah nak baca. Biasalah kan….. mestilah kita nak baca sikit-sikit gaya bahasa penulis tu. Nak buat pelaburan takkan main rembat je. Dulu-dulu dah terkena, bila baca jadi bosan, sudahnya buku tu tersimpan buat pekasam. Tu penulis terkenal tu......... siap ada session motivasi kat tv. Novel dia okay tapi ada sesetengah buku bisa buat aku menguap. Hard disk aku kan kecik, version lama pulak tu jadi saraf neuron tak banyak agaknya sebab kurang digunakan. Atau....... dulu aku tak minum Anmum yang macam Wardina cakap tu?

Last week aku ada ternampak a few books yang menarik kat MPH tapi dok bercongak-congak nak beli kat sini ke nak tunggu KLIBF? beli kat sini ke nak tunggu KLIBF? beli kat sini ke nak tunggu KLIBF? Macam best je buku-buku tu semua....... i decided to wait for pesta buku...... manalah tau ada kelapangan boleh pergi. Kalau poket lapang tak payah pergi, lain kali pun boleh beli. Aku dah berkenan sangat kat buku-buku ni selain yang aku jumpa kat Pustaka Mukmin Jln TAR hari tu:

1) Does my head look big in this? by Randa Abdel-Fattah

2) Madness Aboard - by Yvonne Lee

3) Rojak by Amir Muhammad

Buku Yvonne Lee 'Gila-gila di langit biru' aku dah baca, hillarious! Kisah pengalaman dia as an air-stewardess. Sebab tu la bila pramugari AA yang last aku naik hari tu tak menolong colleague dia aku takde nak mengomel apa-apa kat my hubby ....... maybe tengah train staff baru.

Hangpa tau apa pak guard MPH tu buat? Dia tunggu la kat mana aku berdiri duduk hujung rak buku tu. Aku ke rak sini dia pun berdiri kat sini........ saja aku test pindah rak lain dia pun ikut jugak. Soheh la tu dia ingat aku nak copy cat buku. Aku rasa staff yang suruh sebab nampak macam berisyarat mata sebelum tu. Aiyaaa..... aku pegang buku tu pun tak, setakat salin nama author dan tajuk buku. Ahhh..... aku bukan suka beli kat MPH pun... dapat points aje, kalau tak cukup 300 dalam masa 6 bulan burn! Baik aku beli kat Popular terus dapat 10% discounts, sometimes sampai 15-20% lagik. Dah la guna membership card budak sekolah..... manyak untung worrr...  Tak payah nak kumpul-kumpul, aku bukan rajin nak menunggu.

To MPH, elehhh.... kedai lain pun ada.

Post a Comment

1 Comments

  1. Dapatkan buku-buku yang berkualiti di:
    http://www.kedaibuku.biz/

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.