Dah lama benar aku tak beli kasut..... high heels apatah lagi. Dah tak kojo kek opis takdo pasal la den nak bertumit tinngi, kang terpelecok lak kaki den. Disebabkan aku agak kerap berjalan lately so aku recycle je lah sport shoes yang lama-lama tu. Tak kuasalah aku nak membeli yang baru sebab lebih lama tersimpan dari dipijak. Jogging jauh sekali. Tengok location jugak, kalau aktiviti melancong ke laut or tasik aku pakai sandal Nike tu aje.... tu pun pajak kat adik aku hehehh.... Nak dipulangkan suku thn lagi nak pinjam balik so simpan dululah kat sini.
Aku ni kalau boleh takmo membazir membeli gam kasut yang akan mengeras lepas sekali guna so dengan niat suci (malas) nak membantu ekonomi orang lain aku hantar kasut kat brader nih. A few times jugak aku mengadap dia nih. Lokasinya kat Ampangan, alaa... dekat dengan BSN yang meletup dulu tu...... takde apa-apa perkembangan pun bank tu setakat ni. Biasalah kan bila dah jadi malapetaka macam tu sangkut dengan polis, insurance, adjuster dan lain-lain.
Kasut tu bukan aku yang punya
Brader ni rajin gak bersembang dengan aku kalau aku pun rajin menunggu. Dulu kedai dia kat belakang kedai orang lain, kecik je. Now semakin maju......... dah boleh sewa setengah kedai. Suka tengok dia makin maju.
Kat Seremban ni agak susah jugak nak cari cobbler esspecially Malay. Tukang kasut tak ramai tapi tauke kasut berderet, Cina tentunya. Kat KL ramai Filipino buat kerja ni. Pernah sekali aku hantar tahun 90an dulu adoyaiiii..... teruk dia jahit, macam benang jelujur. Kenapa Filipino tu semua tak kena hambat? Punyalah ramai kat Kotaraya tu.
Jahitan dia boleh dikatakan kemas. Kalau free memang aku tunggu perhati macam mana dia buat kerja. Kekadang nak kiwi kasut pun aku hantar kat dia. Owhhh.... malas tahap...? Ingat lagi dulu masa aku kat boarding school kena pakai kasut kulit hitam. Bila balik kampung je bapak aku tolong kilatkan. Dio kan bekas sojar..... sakit mato dio tengok kasut kopam den agak eh.
Ramaiiii customer dia wehhh - permintaan melebihi penawaran.
Ni pembantu dia
Boleh tak agaknya kerja-kerja sebegini dianggap fardhu kifayah? Kalau takde dia orang ni susah jugak orang yang sespesis dengan aku ni. Adik-adik yang takde kerja tu apa kata cari pengalaman jadi cobbler.... modal sekali je dik. Nanti aku sokong ko.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.