Terima je apa-apa yang baik



Sesetengah orang kalau dah tak suka kat seseorang yang lain, walau apa pun berita baik atau ilmu yang disampaikan atau mengajak ke arah kebaikan atau sekadar berhai-hai bye-bye, akan dianggap menyibuk atau takde nilai.

Sesetengah orang kalau seseorang yang lain berdiri menyampaikan ilmu tetapi orang yang sedang bercakap itu lebih rendah taraf ilmunya (tak setara kertas akademiknya) daripada dia, dia tak pandang.

Sesetengah orang silaturrahim yang dijalinnya hanya sekadar ringgit dan sen.

Ada seseorang yang membayar cukai pendapatan rm100k setahun setiap tahun dan berkawan dengan sesiapa sahaja pernah berkata kepada aku, "saya tak kisah sesiapapun yang bagi talk, mesti ada satu dua ilmu yang saya boleh dapat".


 



Post a Comment

0 Comments